• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Syor JPAM Diberi Peranan Utama Terajui Usaha Menyelamat

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengesyorkan kepada kerajaan agar Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) diberikan peranan utama dalam menerajui usaha menyelamat dan urusan penyaluran bantuan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kini terdapat banyak organisasi, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) mengendalikan bantuan dan usaha menyelamat ketika bencana berlaku sehingga sering dilihat tidak tersusun.

“Maka, ramai pemimpin negara mahukan satu agensi tunggal mengetuai usaha menyelamat dan menyalurkan bantuan agar ia dapat berjalan dengan lancar. Mereka rasakan JPAM terbukti dalam malapetaka besar dan setempat.

“Saya akan terus berjuang dalam mesyuarat jemaah menteri atau mesyuarat berkaitan agar JPAM diberi peranan utama dalam mengetuai organisasi menyelamat,” katanya pada majlis makan malam khas bersama artis bersekutu di sini malam ini.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah JPAM Datuk Zaitun Abdul Samad.

Pada majlis sama, sebanyak 70 artis antaranya Datuk Hattan, Datuk Khatijah Ibrahim dan Nassier Wahab diraikan bagi menghargai sokongan kepada JPAM.

Ahmad Zahid menyeru agar artis bersekutu JPAM menarik lebih ramai golongan artis dan selebriti menyertai JPAM khususnya dalam kerja-kerja kesukarelawan. – BERNAMA

Tags: JPAMKDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd