• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Perkasa Kerjasama Banteras Pemalsuan Dokumen

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan terus memperkasa kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pertubuhan bukan kerajaan dan jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) dan rakyat dalam memerangi aktiviti pemalsuan dan salah guna dokumen.

Ketua Pengarah JPN Datuk Sulaiman Keling berkata pemerkasaan operasi penguatkuasaan melalui ‘sinergi pelbagai sektor’ adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjamin.

“Keberkesanan dalam melaksanakan penguatkuasaan ini akan menjadi suatu pencegahan terhadap kecenderungan untuk melakukan penipuan yang kian meruncing dewasa ini,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JPN 2014 di sini Selasa.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim dalam ucapannya pula mengingatkan warga kerja KDN supaya mengutamakan integriti kerana mereka banyak terlibat mengendalikan urusan berkait rapat dengan keselamatan negara.

“Semua warga kerja JPN tidak kira peringkat perlulah berusaha untuk meningkatkan aspek integriti masing-masing demi menjaga kewibawaan KDN,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 345 warga kerja JPN terdiri daripada 20 pegawai daripada kumpulan pengurusan dan profesional dan 325 lagi daripada kumpulan pelaksana menerima APC. – BERNAMA

Tags: JPN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd