Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Hudud : Gilotin, Jadi...

KOTA BHARU - Gilotin, peralatan yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis...

Nabil Umum Bersara Sertai...

PEMENANG tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), Nabil Ahmad mengatakan dia...

EPL: Jermain Defoe Kini...

LONDON - Bekas penyerang England, Jermain Defoe kembali ke Liga Perdana Inggeris, hari...

303,856 Pemegang Kad MYPR...

KUALA LUMPUR - Seramai 269,899 pemegang kad pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) dan 33,957...

JKM Salur RM347 Juta Sebagai Bantuan Warga Emas Tahun Lepas

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan sejumlah RM347.54 juta kepada skim Bantuan Orang Tua (BOT) yang telah disalurkan kepada 131,571 penerima di seluruh negara tahun lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata bantuan itu bagi membantu menampung keperluan asas warga emas supaya mereka boleh terus tinggal bersama keluarga dalam komuniti.

“JKM turut menyediakan institusi seperti Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan yang memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga emas yang daif,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang ingin tahu senarai kemudahan yang disediakan untuk warga emas dan bilangan penerimanya.

Rohani berkata terdapat sembilan Rumah Seri Kenangan di Semenanjung dengan bilangan penghuni seramai 1,590 manakala dua buah Rumah Ehsan menempatkan 216 penghuni dengan 145 orang daripadanya adalah warga emas.


Jelasnya, kadar wang saku bagi penghuni warga emas di institusi JKM telah dinaikkan daripada RM10 sebulan kepada RM30 sebulan mulai tahun lalu.

Selaras dengan hasrat kementerian untuk membolehkan golongan tersebut terus tinggal dalam komuniti dan bukannya di rumah warga emas, beberapa program dilaksana termasuk mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas, Khidmat Bantu di Rumah serta Unit Penyayang Warga Emas.

“Selain itu, Program Pembelajaran Sepanjang Hayat, skim pengurangan yuran untuk calon pascasiswazah warga emas turut diwujudkan seperti di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya untuk menggalakkan warga emas melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori