• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Jamaluddin Selamat Disemadi Di Makam Masjid Negara

oleh Ahmad Albab
05/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah Anggota Parlimen Rompin, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, di Makam Masjid Negara di sini, hari.

Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Negara pada 3.15 petang dari kediamannya di Seri Kembangan di sini.

Ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan dengan diketuai Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad sebelum jenazah Allahyarham disembahyangkan selepas solat Asar.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob serta anggota keluarga Allahyarham dan kira-kira 1,000 tetamu.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan bersebelahan pusara bekas Menteri Undang-undang Tan Sri Hamzah Abu Samah, pada 5.50 petang.

Najib dan Rosmah yang kelihatan sugul, turut menabur bunga dan menyiram air di pusara Allahyarham.

Jamaluddin, 63, terkorban apabila helikopter AS365N2 Dauphin yang dinaikinya bersama lima yang lain terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.45 petang semalam.

Allahyarham adalah dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak Najib, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessibayev di Pekan, Pahang.

Nahas itu turut mengorbankan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang. – BERNAMA

Tags: Jamaluddin Jarjisnahas helikopter
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Dan Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Mangsa

Next Post

‘Terlalu Awal Bercakap Mengenai Rompin’ – Adnan Yaakob

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

Next Post

'Terlalu Awal Bercakap Mengenai Rompin' - Adnan Yaakob

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd