• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamaluddin Jarjis Balik Untuk Makan Malam Di KL

oleh Ahmad Albab
07/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan telah meninggalkan majlis awal untuk menghadiri majlis di Kuala Lumpur.

Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam Datuk Wan Kadri Wan Mahussin berkata Jamaluddin difahamkan mempunyai majlis makan malam di ibu negara malam tadi.

“Sepatutnya helikopter malang itu mendarat di Subang petang semalam,” katannya kepada Bernama.

Beliau yang turut bersama dengan anggota Parlimen Rompin itu dan lima yang lain menaiki helikopter malang itu dari Pekan ke Bandar Tun Razak semalam kerana Jamaluddin ingin menziarah seorang kakitangannya yang baharu sahaja kematian ayah.

“Bagaimanapun kami terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

“Berikutan keadaan itu juga kami terpaksa membatalkan hasrat untuk melawat tanah milik Allahyarham yang sebelum ini ingin diwakafkan kepada sebuah pusat tahfiz,” katanya.

Wan Kadri berkata mereka kemudian menurunkannya di Kota Bahagia berhampiran Bandar Tun Razak, sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur.

Katanya, beliau menerima perkhabaran malang itu ketika dalam perjalanan ke Muadzam Shah, daripada seorang rakan yang memaklumkan helikopter yang dinaiki mangsa tidak kunjung tiba, dan dalam masa sama sebuah helikopter dilaporkan terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih petang semalam.

Beliau yang masih terkejut dengan perkhabaran itu bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana telah bersama mereka menaiki helikopter itu.

“Saya bukan hanya kehilangan rakan seperjuangan tetapi seorang rakan baik yang sangat pemurah dan sentiasa mengambil berat terhadap rakan-rakan,” katanya yang tidak dapat meneruskan perbualan kerana terlalu sedih dengan kejadian itu.
Dalam kejadian kira-kira 4.55 petang semalam, Jamaluddin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), serta Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias antara enam yang terkorban dalam nahas tersebut.

Empat mangsa lain ialah juruterbang, Kapten Clifford William Fournier, Pembantu Operasi helikopter, Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razak B Seran dan Datuk Tan Huat Seang seorang usahawan dari Kedah.- BERNAMA

Tags: Jamaluddin Jarjisnahas helikopter
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sebab Mulut.. Penjaga Gol JDTII Mungkin Dipecat

Next Post

Muhyiddin Sedih, Terkejut Tragedi Helikopter Terhempas

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

Next Post

Muhyiddin Sedih, Terkejut Tragedi Helikopter Terhempas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd