• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadi ‘Anak Ikan’ Mak Datin, 5 Artis Lelaki Dipantau Polis

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Hangat
1
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA kerana ingin hidup mewah menggunakan jalan pintas, segelintir selebriti lelaki tegar menjadi ‘anak ikan’ atau lelaki peneman kepada golongan ‘mak datin’ dan VVIP.

Lebih menyedihkan, golongan artis terbabit yang dikatakan terlibat dengan gejala ini merupakan mereka yang ‘ada tak ada’ atau suam-suam kuku dalam industri seni tempatan. Alahai…

Dalam laporan Metro Ahad hari ini, sekurang-kurangnya lima selebriti dikatakan berada dalam pemantauan pihak berkuasa ketika ini.

Hasil keringat sebagai ‘anak ikan’, ada antara mereka mampu memandu kenderaan mewah walaupun tidak menerima tawaran secara konsisten dalam bidang nyanyian mahupun lakonan.

Menurut laporan sama, individu terbabit bukan sahaja sudi menjadi peneman golongan VVIP ke pusat hiburan, malah turut menjadi pemuas nafsu dengan bayaran sehingga RM5,000 serta tajaan-tajaan mewah lain.

Memetik kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Roslee Chik, pihaknya kini sedang membuat pemerhatian terhadap beberapa artis tanah air yang dipercayai terlibat dalam isu ini.

“Mereka (artis) jangan ingat kerana populariti boleh terlepas. Saya tegaskan supaya mereka semua bertaubat dan hentikan kerja terkutuk itu.

“Jika tidak, mereka (selebriti) akan diheret ke muka pengadilan.”

Melalui maklumat hasil risikan, kebanyakan individu yang terlibat adalah pendatang baru dalam industri hiburan tempatan.

[BERKAITAN: Polis Pantau 10 Artis Wanita Terlibat Jadi Escort Girl]

Inilah yang diumpamakan ‘disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga’. Buat golongan artis yang melakukan aktiviti persundalan ini, baiklah anda cuci tangan sebelum meringkuk dalam penjara.

Kontroversi membabitkan golongan selebriti yang didakwa menjadi ‘peneman’ sememangnya tak pernah putus. Sebelum ini, 10 orang artis wanita dipantau kerana dikatakan menjadi ‘escort girl’.

Nak hidup senang, sanggup mereka gadaikan maruah diri. Kasihannya…

– MYNEWSHUB.CC

Tasha Shilla Perjelas Isu Dikaitkan Sebagai Escort Girl

Tags: pelacuranpelakonpenyanyipolisselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd