• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Pertama John Lennon Meninggal Dunia Sebab Kanser

oleh AK-47
02/04/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTERI pertama anggota kumpulan The Beatles, John Lennon, Cynthia Lennon meninggal dunia semalam di rumahnya di Majorca, Sepanyol disebabkan penyakit barah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Tak ramai peminat Beatles mengetahui yang Cynthia, 75, merupakan bekas isteri kepada mendiang Lennon kerana sebelum ini Lennon tidak pernah mendedahkan perkahwinan mereka kepada umum sejak Beatles menempuh zaman kegemilangan mereka pada tahun 60-an.

Pasangan ini bertemu ketika masing-masing melanjutkan pengajian di Liverpool Art College dan kemudiannya mendirikan rumah tangga sehingga dikurniakan seorang anak lelaki, Julian.

Selepas berkahwin, Cynthia dipaksa hidup ‘bersembunyi’ dan tidak boleh mendedahkan identitinya sebagai isteri Lennon pada ketika itu.

Tak lama kemudian, Lennon dikhabarkan curang dengan Yoko Ono yang mana menyebabkan kehancuran rumah tangga Lennon dan Cynthia.

Cynthia menerima £100,000 (RM545,248) hasil daripada penceraian mereka pada 1968.

Yoko yang terkejut dengan berita kematian Cynthia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Cynthia dengan menyifatkan mendiang seorang ibu yang baik dan seorang yang kuat dalam menghadapi cabaran hidup.

– MYNEWSHUB.CC

beatles1

beatles2

beatles3

https://www.youtube.com/watch?v=UAlD_4CMe80

Tags: john lennonthe beatles
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM827,000 Harga Kaca Mata John Lennon

16/12/2019
0

LONDON - Sepasang kaca mata hitam yang pernah dipakai John Lennon dari The Beatles berjaya dilelong Jumaat lalu hampir AS$200,000...

Pulih Upaya Bertutur Selepas Menyanyi Lagu Beatles

09/03/2019
0

STAPLEHURST - Seorang guru sekolah rendah yang hilang keupayaan untuk bertutur selepas diserang sejenis masalah saraf serius kembali bersuara selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd