• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indeks Jenayah Dikurangkan 40 Peratus Dalam 5 Tahun

oleh AK-47
29/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR (Bernama) — Sebanyak 40 peratus indeks jenayah
berjaya dikurangkan sepanjang tempoh lima tahun pelaksanaan Program Transformasi
Kerajaan (GTP).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Laporan Tahun
2014 GTP dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di sini, malam ini, berkata
masih banyak usaha perlu dilakukan untuk membanteras jenayah.

“Di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah,
kini, kita bersyukur bahawa kadar indeks jenayah negara di bawah GTP, telah
berjaya dikurangkan sebanyak 40 peratus dalam tempoh 5 tahun lepas.

“Apa yang mustahak, usaha untuk mengurangkan kadar jenayah akan diteruskan,”
katanya.

Menurut Najib, bagi 2014, kes kecurian kereta telah berkurangan kepada
hampir 20 peratus dan ini merupakan kali pertama penurunan trend jenayah
kecurian kereta semenjak NKRA diperkenalkan.

Jelas beliau, kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dengan komuniti
tempatan dan agensi kerajaan akan diperhebatkan lagi demi mewujudkan
persekitaran yang aman untuk diduduki oleh rakyat, dikunjungi pelancong serta
diyakini oleh para pelabur.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata di bawah NKRA Membanteras Rasuah,
kedudukan Malaysia telah bertambah baik dengan skor Indeks Persepsinya meningkat
daripada tangga 44 pada 2010 kepada tangga 52 pada 2014 daripada kalangan 175
negara.– BERNAMA

Tags: ETP 2014
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTP Pada Landasan Tepat Dalam Kembara 5 Tahun

30/04/2015
0

KUALA LUMPUR -- Program Transformasi Kerajaan (GTP) berada pada landasan yang tepat dan memberi impak positif kepada jutaan rakyat Malaysia...

Pencapaian GTP, ETP Beri Impak Besar – Muhyiddin

28/04/2015
0

KUALA LUMPUR -- Kejayaan mencatat pencapaian melebihi sasaran menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membuktikan program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd