• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inagaki Terpantas Ujian Pra-Musim ARRC

oleh Ahmad Albab
01/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKOTO Inagaki muncul pelumba terpantas SuperSports 600cc pada hari pertama sesi ujian pra-musim rasmi Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabanga Sepang, hari ini.

Pelumba Akeno Speed Racing itu mencatat masa 1:06.139s mengatasi catatan pelumba Malaysia, Mohd Zamri Baba (Musashi Boon Siew Honda Racing) yang mencatat masa terbaik 1:06.151s diikuti pelumba Indonesia, Ahmad Yudhistira (Manual Tech Kawasaki) mencatat masa ketiga terpantas dengan masa 1:06.372s.

Melengkapkan senarai lima pelumba terbaik pada sesi hari pertama ialah Tomoyoshi Koyama (T. Pro Yuzy Honda NTS) dan M. Fadli Imammuddin (Astra Honda Racing Team), masing-masing dengan catatan 1:06.477s dan 1:06.548s. Kesemua catatan dilakukan pada sesi latihan pertama.

“Keadaan cuaca tidak begitu baik kerana kami hanya sempat menguji jentera sepenuhnya pada sesi latihan pertama sahaja. Saya sudah menjangkakan hujan akan turun pada sebelah petang jadi saya cuba mengumpul seberapa banyak data yang diperlukan pada sesi latihan yang pertama,” jelas Inagaki.

Tambahnya, “Mudah-mudahan cuaca pada hari esok bertambah baik dan kami dapat melakukan seberapa banyak pusingan yang boleh. Data yang dikumpul pada minggu ini amat pentinng bagi menghadapi pusingan pertama ARRC yang akan berlangsung di sini kira-kira dua minggu sahaja lagi.”

Sementara itu, tiga bekas pelumba Kejuaraan Dunia dilihat masih dalam proses menyesuaikan diri bersama jentera SuperSports 600cc apabila Noriyuki Haga dan Rafid Topan Sucipto yang membawa cabaran Team Kagayama Suzuki Asia sekadar mencatat masa ke-15 dan ke-16 terbaik dengan catatan 1:08.244s dan 1:08.059s.

Yuki Takahashi (Musashi Boon Siew Honda Racing) yang pernah beraksi bersama Honda Team Asia sebelum digantikan pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman di dalam saingan Moto2 pula mencatat masa ketujuh terpantas, 1:07.002s.

Dalam saingan kelas baharu diperkenalkan pada musim ini, Asia Production 250cc (AP250), Takehiro Yamamoto dari pasukan Trickstar Racing muncul pelumba terpantas dengan masa 1:17.463s sambil pelumba Malaysia, Mohd Fairuz Nasir (Felda PB Racing) kedua, 1:20.995s.

Rakan sepasukan Yamamoto, Ryunosuke Hyodo mencatat masa ketiga terpantas 1:20.997s. Ketiga-tiga catatan terpantas dilakukan pada sesi latihan bebas pertama manakala cuaca hujan pada sebelah petang menyaksikan ramai pelumba tidak keluar ke litar.

Mohd Amirul Ariff Musa (T-Pro Yuzy Honda) muncul pelumba terbaik negara dengan catatan 1:21.201s.

Dalam saingan Underbone 130cc, catatan 1:06.139s milik Abd Muhaimin Roslan dari pasukan Maju Motor Racing yang dicatatkan pada sesi latihan kedua meletakkannya sebagai pelumba terpantas, hanya 0.014s dihadapan rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham. Mohd Affendi Rosli mencatat masa ketiga terpantas, 1:21.592s.

Saingan kelas Asia Dream Cup (ADC) pula dikuasai oleh pelumba India, Shankar Sarath Kumar yang mencatat masa terbaik 1:22.763s pada sesi latihan kedua diikuti pelumba Malaysia, Hafiz Nor Azman yang mencatat masa 1:22.842s. Pelumba Filipina, Koko Masaharu C. Tadchi ketiga dengan masa 1:22.868s.

Kelas Cabaran Suzuki Asia (SAC) yang juga baharu diperkenalkan pada musim ini menyaksikan pelumba India, Jagan Kumar mencatat masa terpantas dengan masa 1:29.606s diikuti dua pelumba Indonesia, Adhi Chndra dan Andreas Gunawan Ina, masing-masing mencatatkan masa terbaik 1:29.694s dan 1:29.848s.

Keputusan Ujian Pra-Musim Hari Pertama
SuperSports 600cc
1.Makoto Inagaki (Yamaha) 1’06.139s 2.Mohd Zamri Baba (Honda) 1’06.151s 3.Ahmad Yudhistira (Kawasaki) 1’06.372s 4.Tomoyoshi Koyama (Honda) 1’06.477s 5.M.Fadli (Honda) 1’06.458s

Asia Production 250cc
1.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 1’17.463s 2.Fairuz Nasir (Kawasaki) 1’20.995s 3.Ryunosuke Hyodo (Kawasaki) 1’20.997s 4.Li Zheng Pang (Yamaha) 1’21.160s 5.Amirul Ariff Musa (Honda) 1’21.201s

Underbone 130cc
1.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 1’21.549s 2.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 1’21.473s 3.Affendi Rosli (Yamaha) 1’21.592s 4.Adib Rosley (Yamaha) 1’21.759s 5.Azhar Abdul Jalil (Yamaha) 1’22.038s

Asia Dream Cup
1.Koko Masaharu C.Tadchi (PHI) 1’22.168s 2.Hiroki Nakamura (JPN) 1’22.357s 3.Hafiz Nor Azman (MAS) 1’22.591s 4.Shankar Sarath Kumar )IND) 1’22.763s 5.Arsyad Rusydi (SIN) 1’22.920s

Suzuki Asian Challenge
1.Jagan Kumar (IND) 1’29.606s 2.Adhi Chandra (INA) 1’29.694s 3.Andreas Gunawan (INA) 1’29.848s 4.Hazil Juraimi (SIN) 1’29.996s 5.Nazirul Izzat Bahauddin (MAS) 1’30.050s

Tags: MotoGP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

11/11/2023
0

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd