• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibrahim Ali Kecam Tindakan Penduduk Gesa Turunkan Salib

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM satu kenyataan hari ini, Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) turut sama mengecam tindakan yang dilakukan sebahagian penduduk Taman Medan, Petaling Jaya yang membuat protes dan menggesa salib diturunkan dari dinding premis yang dijadikan gereja.

Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, masyarakat Islam seharusnya lebih rasional dan peka terhadap sensitiviti penganut agama lain.

Ujarnya lanjut, impak yang sama pasti akan dirasai sekiranya penduduk Islam membina surau di kawasan yang majoritinya masyarakat bukan Islam.

[Kes Bantahan Salib Buktikan Akta Hasutan Wajar Dikekal]

taman_medan

“Kita juga ada bina surau atau madrasah di kawasan yang bukan majoriti umat Islam. Jadi tidak ada masalah,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysian Digest.

Kata Ibahim lagi, kewujudan rumah ibadat seperti gereja adalah bertunjangkan kepada kebebasan beragama yang diamalkan Malaysia.

Lantas itu, masyarakat Islam tidak harus mencampuri hak agama lain, sebaliknya menjadikan isu tersebut sebagai dorongan untuk lebih taat kepada suruhan-Nya.

“Sebagai orang Islam, kita kena fikir jika ada gereja, maka kita harus lebih berusaha keras untuk memakmurkan surau di situ dan pastikan orang Islam yang lain solat berjemaah di situ. Bukannya mencampuri bab agama lain.

“ Jika surau dan gereja ada, tetapi hanya gereja yang aktif mengadakan pelbagai aktiviti, maka kita tidak boleh marah apa yang agama lain lakukan kerana kita sendiri tidak berbuat apa-apa dari segi dakwah sesama Islam.”

Dalam pada itu, Ibrahim turut berkata, kewujudan salib yang digantung di luar premis tersebut tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada masyarakat Islam dan ia tidak akan menjadikan Iman mereka lemah.

Walau bagaimanapun, PERKASA menuding jari terhadap Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana menghalang rumah kedai tersebut dijadikan gereja.

“Perkasa tidak menentang pembinaan gereja di negara ini tetapi ia harus dilakukan dengan cara yang betul iaitu mendapatkan permit untuk rumah ibadat.

“Kenapa MBPJ tidak bertindak lebih awal terhadap gereja ini sedangkan tahu gereja ini tidak mempunyai permit dan kenapa biarkan ia terus beroperasi?”

Siapa Penyokong Najib Mahu Condemn Tun M? – Ibrahim Ali

Tags: GerejaIbrahim AliPERKASAsalib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibrahim Tawar Diri Bantu PM Punggah ‘Duit’ Dr M Dari Luar Negara

Ibrahim Tawar Diri Bantu PM Punggah ‘Duit’ Dr M Dari Luar Negara

31/05/2024
0

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali, menawarkan diri untuk membantu keranaan "memunggah" wang berbillion ringgit yang didakwa kepunyaan...

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

Konflik Palestin-Israel: Sudah Tiada Tempat Selamat, Masjid, Gereja Kena Bom

23/10/2023
0

PETALING JAYA – Seorang jurugambar Palestin, Motaz Azaiza, mendedahkan tiada lagi tempat selamat untuk dijadikan kawasan berlindung buat penduduk di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd