• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Husam Akui Dilema Untuk Bertanding Jawatan Presiden PAS

oleh Ahmad Albab
05/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengakui dirinya kini dalam dilema dengan keputusan beberapa PAS kawasan yang mencalonkannya bagi jawatan Presiden PAS pada pemilihan parti itu akan datang.

Husam berkata pada masa yang sama beliau perlu memikirkan perasaan dan hak anggota parti yang telah membuat pencalonan itu walaupun dirinya masih berbelah bahagi untuk memberikan kata putus.

“Memang saya dalam keadaan dilema. Saudara tidak perlu bertanya panjang-panjang (mengenai perkara itu).

“Ini masa ahli menyuarakan perasaan mereka. Saya sebagai pemimpin tidak boleh bertindak atas diri saya sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Segamat di sini, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Segamat, Firdaus Mashod.

PAS kawasan itu hari ini mencalonkan Husam bagi jawatan Presiden PAS manakala Mohamad Sabu dicalonkan untuk terus kekal bagi jawatan Timbalan Presiden PAS.

Tiga Naib Presiden pula, kawasan itu mencalonkan Dr Dzulkefly Ahmad, Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Dr Mujahid Yusof.

Mengulas perkara itu, Husam yang merupakan bekas Exco kerajaan Kelantan berkata buat masa ini biarlah anggota parti membuat keputusan masing-masing dan apabila tiba masanya kelak, beliau akan membuat keputusan muktamad mengenainya.

“Tidak semestinya saya membuat keputusan itu sekarang. Jika saya kata tidak bertanding saudara kena fikirkan perasaan ahli. Apa kata mereka. Ini masa untuk ahli suarakan hak mereka.

“Saya sendiri pun tidak pernah menghitung berapa jumlah pencalonan untuk saya sehingga kini. Saya sendiri tidak pernah mempunyai sebarang rencana politik,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam yang mendedahkan amanat terakhir bekas mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu anggota parti itu mewujudkan hubungan baik dengan Umno, Husam berkata: “Saya tidak periksa kenyataan beliau (Mohd Amar) betul atau tidak berkata begitu.

“Saya takut salah petik nanti tidak adil kepadanya. Kalau siasat dan betul kata begitu, baru saya akan komen,” katanya.

Mohd Amar dilaporkan berkata bekas menteri besar Kelantan itu meminta beliau dan ahli parti tidak mengkritik Umno kerana pihaknya perlu berurusan dengan parti itu antaranya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=YlgRegrA20w

Tags: husam musaPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd