• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim New York Benar Iklan ‘Jihad Bunuh Yahudi’

oleh
25/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK — Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan keputusan yang membenarkan sejumlah bas di bandar raya New York menampilkan iklan kontroversi ‘promosi’ pembunuhan kaum Yahudi oleh umat Islam.

Akhbar-akhbar tempatan melaporkan, keputusan itu menolak tuntutan Lembaga Pengangkutan Metropolitan (MTA), menentang paparan iklan tersebut dengan alasan, ia menggalakkan terorisme dan jenayah kekerasan.

Namun, hakim John Koeltl menolak hujah peguam MTA itu dan menyatakan iklan tersebut dilindungi di bawah prinsip asas menurut perlembagaan AS yang ‘mengagungkan’ hak kebebasan bersuara oleh setiap warganegara.

Iklan itu dibiayai badan sukarela tempatan, American Freedom Defense Initiative (AFDI) yang diasaskan sejak 2010, malah sudah lama terpampang pada sejumlah bas awam di pusat bandar Chicago dan San Francisco.

AFDI yang asalnya dikenali sebagai Stop Islamization of America ditubuhkan di Texas bagi menghasut rakyat AS benci kepada ajaran Islam sebagai agama pengganas susulan insiden berdarah pada 11 September 2001 lalu.

Menerusi iklan tersebut, seorang lelaki dengan kepala dan wajah yang ditutupi serban membuat ancaman ekstremisme itu dan di sebelahnya ada keratan imej video dari anggota pejuang Hamas di Palestin.

Paparan ayat iklan celupar itu berbunyi: “Membunuh kaum Yahudi adalah ibadah yang mendekatkan kita kepada Allah” serta pertanyaan berbaur sinis: “Itu adalah jihad dia. Bagaimana pula jihad anda?”

Koeltl dalam penghakimannya menyatakan meskipun iklan itu sensitif terhadap isu keselamatan, MTA telah meremehkan sikap toleransi warga New York dan memperbesar-besarkan impak potensi pada iklan tersebut.

MTA, kata hakim, terlalu mudah menganggap bahawa penduduk New York akan ‘termakan’ hasutan untuk melakukan kekerasan, walhal iklan sama tiada pula berlaku apa-apa keganasan di Chicago dan San Francisco.

Beliau bagaimanapun menunda pelaksanaan keputusan kes itu sehingga 30 hari bagi membolehkan peguam MTA untuk mengemukakan rayuan balas kepada peringkat mahkamah AS yang lebih tinggi jika ada keperluan.

Jurucakap MTA, Adam Lisberg ketika ditemui pemberita di luar mahkamah New York menyatakan, “Kami berasa amat kecewa terhadap keputusan hakim itu dan sedang mengkaji langkah-langkah selanjutnya”.

AFDI pada 2012 pernah memasang iklan kontroversi untuk sejumlah tren kereta api bawah tanah New York Subway yang menyeru masyarakat menyokong Israel bagi melawan jihad pejuang Palestin. - Agensi/A.AMREE

Tags: iklanjihadmahkamahnew yorkPalestinYahudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd