Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Siti Bainun Tarik Balik...

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini menarik balik rayuan terhadap...

Idris Jala Hadir Untuk...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala...

Mali: Sekurang-Kurangnya 27 Maut...

BAMAKO, Mali - Sekurang-kurangnya 27 orang dilaporkan terbunuh selepas komando tentera menyerbu sebuah hotel...

5 Anggota Polis Antara...

GEORGE TOWN - Polis telah merakam keterangan 15 individu termasuk lima anggota polis...

H1N1, HFMD, Meningoencephalitis Kes Terpencil

PUTRAJAYA – Kes-kes Influenza A atau H1N1, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), dan meningoencephalitis (radang otak) yang dilaporkan minggu lepas merupakan kes-kes terpencil, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak mengaitkan kes-kes itu bersama walaupun ia berlaku pada masa yang sama.

“Kami cukup hati-hati dan semestinya kami memantau situasi dan pastikan ia tidak merebak kepada orang lain.

“Kami ambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan pastinya kementerian akan mengambil langkah melindungi orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri “Program Kerjaya Saya” di bawah skim latihan 1Malaysia (SL1M) bagi siswazah kejururawatan, anjuran Pasukan Petugas Pelaksanaan Khas mengenai Komuniti India di sini hari ini.

Pada 11 April, seorang pelajar perempuan tahun satu SJKC Chien Chi, Plentong, Johor Baru mati disyaki menghidap HFMD.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat dilaporkan berkata semalam bahawa kematian pelajar itu tidak kena mengena dengan HFMD kerana ujian menunjukkan sampel darah pelajar itu tidak menunjukkan sebarang kesan Enterovirus 71 (EV71), penyebab HFMD.

Sementara itu, pada 14 April dua rekrut dari Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson dilaporkan menunjukkan simptom meningoencephalitis sementara pada 15 April, seorang pelajar berusia 10-tahun dari sebuah Sekolah Cina di Melaka meninggal dunia disyaki akibat H1N1.


Mengenai “Program Kerjaya Saya” SL1M yang merupakan kerjasama KPJ Healthcare, Pantai Holdings Bhd dan Ramsay Sime Darby Healthcare, lebih 100 jururawat yang memegang Sijil Latihan Jururawat Malaysia menghadiri temu duga di ibu pejabat Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

“Program ini akan memberi peluang kepada jururawat yang berkelulusan tetapi masih tidak mendapat kerja untuk mendapat pekerjaan.

“Diharapkan sekurang-kurangnya 50 jururawat yang hadir temuduga ini akan dapat pekerjaan,” kata Dr Subramaniam.

Bagi mengurangkan lambakan graduan jururawat di negara ini, beliau berkata kelayakan akademik bagi mereka yang mahu mengikuti kursus kejururawatan dinaikkan daripada tiga kredit kepada lima. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori