• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SK Stella Maris Ditutup, 7 Pelajar Positif Influenza

oleh
22/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris Tanjung Aru di sini ditutup selama seminggu bermula hari ini selepas tujuh pelajarnya disahkan positif Influenza.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, enam daripada pelajar itu diuji positif Influenza A dan seorang pelajar positif Influenza A (H1N1).

Katanya, semua pelajar mendapatkan rawatan di hospital swasta dan klinik swasta di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan berada dalam keadaan stabil.

Penutupan SK Stella Maris dibuat atas nasihat Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu disebabkan oleh penularan kluster penyakit Influenza A, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menasihati ibu bapa supaya tidak menghantar anak mereka yang sakit ke sekolah untuk mengelakkan berlakunya penularan penyakit ini dalam sekolah.

Dalam pada itu Poon berkata, kejadian kes influenza di negeri ini adalah terkawal.

Katanya, penyakit influenza A (H1N1) kini merupakan sebahagian daripada virus Influenza bermusim biasa, tidak sebagaimana semasa tahun 2009 ketika berlaku kejadian Pandemik H1N1.

“Berdasarkan tren yang direkodkan dari aktiviti pengawasan, terdapat sedikit peningkatan kes Influenza yang dilaporkan semenjak pertengahan Disember tahun lepas,” katanya.

Bagaimanapun katanya, peningkatan yang direkodkan masih berada dalam julat normal. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sentiasa memantau aktiviti influenza sepanjang tahun dan mengesan sekiranya terdapat perubahan luar biasa pada virus influenza ini.

Poon berkata, analisa terhadap virus influenza yang dikesan dari aktiviti pengawasan ini tidak menunjukkan sebarang tanda ianya telah mengalami mutasi sehingga mencetuskan kemunculan virus influenza yang baharu.

Tags: H1N1influenza Apelajar sekolahSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd