• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: Sembilan Kesalahan Dikesan Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
07/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sebanyak sembilan kesalahan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikesan hasil pemeriksaan di 227 premis setakat semalam di negeri ini.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak, Abd Hafidz A Rahim berkata 17 amaran bertulis dan enam notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga.

“Sebanyak sembilan kesalahan melibatkan barangan runcit telah dikesan dengan nilai rampasan berjumlah RM1,739.28,” katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata KPDNKK Sarawak menerima 22 aduan melalui portal e-ADUAN sebelum pihaknya menyalurkan maklumat berkenaan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak untuk tindakan bersama.

Sementara itu, Abd Hafidz berkata bagi tempoh 15 Jan lalu sehingga semalam, sebanyak 205 kes di bawah Ops Catut dicatatkan di negeri ini.

“Sebanyak 49,143 premis diperiksa sepanjang Ops Catut. 26 notis telah dikeluarkan dengan nilai rampasan RM41,633.65 dan nilai kompaun bernilai RM18,200,” katanya.

Ops Catut dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek pada 15 Jan lepas untuk memantau harga barangan dan perkhidmatan di seluruh negara sebelum pelaksanaan GST. – BERNAMA

Tags: GSTsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd