• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Adalah Harus, Tegas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini sekali lagi menegaskan bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah harus selagi terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Abd Shukor Husin berkata pelaksanaan sistem cukai baharu itu bagaimanapun perlu berpandukan kepada enam parameter syarak yang digariskan jawatankuasa tersebut.

Antaranya, kata beliau, kerajaan komited bahawa tujuan kutipan adalah untuk melaksana dan meningkatkan syariat Islam.

Ia juga harus bersandarkan syarat bahawa kerajaan memerlukan sumber kewangan untuk pembangunan umum seperti membina jalan raya, membantu orang miskin atau membina hospital.

Cukai yang dikutip hendaklah juga hanya untuk memenuhi maslahah dharuriyat dan hajiyat iaitu memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat dan negara, katanya pada sidang media selepas mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di sini.

“Harus, selagi bebanan cukai dikutip secara adil, cukai dibelanjakan untuk maslahah ummah bukan untuk maksiat dan agihan cukai hendaklah bertepatan, adil dan mengikut pandangan ahli ulama atau pakar semasa dan setempat,” katanya.

Abd Shukor menolak dakwaan bahawa keputusan jawatankuasa itu berkenaan GST adalah berdasarkan hujah yang longgar dan tidak menepati hukum syarak kerana bersandarkan kepada maslahah.

Katanya selain mendapat pandangan ulama, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira laporan intensif yang disediakan kumpulan penyelidik dari kalangan pakar syariah dan ekonomi dari Universiti Teknologi MARA.

Abd Shukor juga berkata jawatankuasa itu turut mengambil maklum mengenai laporan ketirisan perbelanjaan kerajaan seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara.

Namun, katanya, mereka (jawatankuasa itu) hanya bertanggungjawab dalam memberi pandangan mengenai GST.

Ditanya apakah jawatankuasa itu akan mengeluarkan fatwa baharu jika kerajaan gagal memenuhi syarat yang digariskan, Abd Shukor berkata kerajaan perlu diberi peluang sehingga setahun (laksana GST) sebelum penilaian semula dibuat. – BERNAMA

Tags: GSTJawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd