SEKUMPULAN penduduk di Taman Medan, Petaling Jaya membuat bantahan setelah pihak gereja di kawasan tersebut bertindak menggantung salib di dinding bangunannya.
Protes itu disertai lebih 50 individu susulan majoriti masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut beragama Islam.
Isu itu mula menjadi hangat setelah satu video dimuat naik The Star Online yang memaparkan situasi di perkarangan premis gereja  di Taman Medan.
Pihak yang membuat protes turut membawa beberapa kad bertulisan bagi menyatakan ketidakwajaran tindakan tersebut, antaranya ‘Wakil Rakyat Taman Medan Tidur’ dan ‘Jangan Cabar Umat Islam Taman Medan’.
Menurut sumber, pihak polis tiba di kawasan berkenaan kira-kira 30 minit kemudian bagi mengawal keadaan.
Menurut Ketua Kampung di situ Datuk Abdullah Abu Bakar, “Jika mereka mempunyai kuasa untuk menjalankan operasi gereja kami tidak boleh menghalang, namun yang menjadi perhatian kami adalah kawasan ini merupakan kawasan majoriti Melayu dan ia tidak sepatutnya terjadi.”
Bagaimanapun Abdullah memaklumkan bahawa hasil perbincangan dengan pihak gereja, salib berkenaan akan diturunkan dalam kadar segera.
– MYNEWSHUB.CC
Protes Penduduk Isu Salib Di Taman Medan, Petaling Jaya



