• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Pokok Baharu Kumpulan Gred 11 Diumum Hujung Tahun

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji pokok baharu bagi 3,072 kakitangan awam kumpulan Gred 11 yang menerima gaji antara RM823 hingga RM850 pada hujung tahun ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Katanya kumpulan gred terendah dalam perkhidmatan awam itu yang terdiri daripada mereka yang memasuki sektor awam melalui Penilaian Menengah Rendah (PMR), antaranya pembantu am rendah, pembantu operasi dan pemandu, berpendapatan keseluruhan termasuk gaji dan elaun antara RM1,257 hingga RM1,275.

Beliau berkata ia akan merupakan semakan keempat bagi Gred 11 setelah tiga kali semakan iaitu pada tahun 2002 dengan gaji minimum RM480, 2007 (RM649) dan 2013 (RM832).

“Kerajaan memang prihatin kumpulan yang mendapat gaji minimum rendah. Kerajaan sedang merancang untuk memberi kenaikan gaji kepada mereka dan dijangka umum pada hujung tahun ini.

Kita sedang mengkaji secara menyeluruh pada satu tahap yang bersesuaian. Kita akan tengok pada keadaan semasa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda sebelum ini dilaporkan berkata terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan.

Mohamad Zabidi berkata kerajaan juga akan mengumumkan semakan gaji bagi 252 skim gaji dan elaun untuk semua kumpulan kakitangan awam pada hujung tahun ini.

“Kajian semula ini dijangka diumum pada hujung tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: GajiPenjawat Awam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa tahap penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam masih rendah dan...

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd