• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FELDA Perkenal Konsep Sewa Beli Bantu Generasi Ke-2 Miliki Rumah

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Felda, dalam usaha memastikan generasi keduanya mampu memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Generasi Baharu Felda, akan memperkenalkan kaedah sewa beli bagi mereka yang bekerja sendiri tanpa mempunyai penyata gaji.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata langkah itu diambil bagi membantu golongan belia yang menjalankan perniagaan sendiri dan tiada penyata gaji untuk memiliki kediaman.

“Mereka boleh sewa dahulu sehingga lima tahun dan jika mereka mempunyai duit yang cukup dalam tempoh masa lima tahun atau selepas tempoh itu, mereka boleh beli rumah itu.

“Felda juga mungkin akan memberi diskaun kepada pembeli dengan mengambil kira beberapa faktor seperti membuat bayaran sewa yang efisien, ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Semai Bakti Felda Keratong Satu, kira-kira 80km dari sini, Selasa.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam Datuk Wan Kadri Wan Mahusain.

Mohd Isa berkata Felda kini dalam proses membuat pinjaman bank bagi membina 20,000 unit rumah dan akan memulakan kerja pembinaan setelah pinjaman diluluskan.

Katanya 20,000 unit rumah itu dijangka siap menjelang tahun 2017 atau awal 2018, manakala 9,000 lot rumah telah pun diluluskan sehingga kini.

Selain itu, Felda akan turut mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi menyelia dan menapis pemohon yang layak memiliki rumah tersebut, katanya.

Pada tahun 2013, Felda memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion bagi membina 20,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh lima tahun bagi memberi peluang kepada generasi keduanya memiliki rumah.

Mengenai pemberian subsidi daripada kerajaan bagi membolehkan generasi baharu Felda memiliki kediaman, Mohd Isa berkata ia bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan perlu mengambil kira keadaan ekonomi semasa negara. – BERNAMA

Tags: FeldaRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd