Huauyan, Peru – Seorang lelaki dilayan seperti ‘banduan’ oleh isterinya sendiri selepas dirantai dan dibiarkan kelaparan di dalam pondok usang di sebuah kampung di sini.
Pablo Tamariz Coraquillo, 86, dipercayai dilayan seperti itu selama dua tahun sebelum dia ditemui pegawai kerajaan baru-baru ini.
Sekumpulan pegawai kerajaan datang ke pondok berkenaan selepas mendengar khabar angin mengenai seorang lelaki dirantai di lokasi itu.
Ketika ditemui Coraquillo berada dalam keadaan yang menyedihkan dan lemah kerana kelaparan.
Seorang penduduk kampung, Viviano Villareal Corral, 56, berkata, penduduk tahu Coraquillo dirantai di pondok berkenaan tetapi isterinya memberitahu tindakan itu adalah untuk kebaikannya sendiri.
“Isterinya memberitahu Coraquillo sering cuba melarikan diri dan dia memutuskan cara terbaik untuk mengelak lelaki berkenaan lari ialah dengan merantainya,†menurut Corral. – Agensi
https://www.youtube.com/watch?v=RZqRAD6lcyQ