• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beranak Terima Padah Ludah, Tampar Polis Trafik

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

EKORAN berang dan tidak puas hati disaman oleh polis trafik, seorang bapa dan anaknya bertindak biadap meludah dan menampar muka anggota trafik berkenaan di Jalan Patani, Georgetown.

Konflik tercetus apabila dua beranak yang masing-masing berusia 31 tahun dan 67 tahun tidak dapat menahan marah apabila rayuan mereka tidak dilayan.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid,  dua beranak itu ditahan anggota trafik pada pukul 9.50 malam kerana didapati tidak memakai tali pinggang keledar.

“Anggota polis terbabit meminta kad pengenalan dan lesen memandu ahli perniagaan berusia 31 tahun itu dan mendapati ia telah tamat tempoh sejak tahun lepas.

“Semasa menulis saman, lelaki yang duduk di tempat penumpang keluar dan merayu agar polis tidak menyaman anaknya tetapi anggota polis itu tidak menghiraukannya,” katanya.

Hal itu mengakibatkan bapa berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum meludah ke arah muka anggota trafik itu.

Anggota polis bertindak menahan bapanya itu menyebabkan anaknya keluar lalu menampar muka anggota trafik berkenaan.

Susulan itu, kedua-dua beranak ditahan oleh dua polis yang berada di tempat kejadian dan kini direman tiga hari untuk membantu siasatan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

https://www.youtube.com/watch?v=cN2PUbRBPQw

Tags: polissaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd