Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

TH Lulus 19 Syarikat...

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) meluluskan 19 syarikat pelancongan tempatan sebagai...

Jangan Beli Arak Tiruan...

KUALA LUMPUR – Pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli arak tiruan yang disyaki mengandungi...

Wanita Lumpuh 2 Tahun...

WALES UTARA – Seorang wanita Britain menderita lumpuh dan tidak mampu bercakap selama...

UMNO-PAS Bermukim Di Janda...

KUALA LUMPUR - Dalam kemelut politik sekarang nampaknya kerjasama UMNO dan PAS dilihat...

Dr. Mahathir Akan Disiasat Polis Tapi Secara Senyap

SINGAPURA – Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mungkin disiasat polis akibat beberapa catatan kontroversi menerusi laman blog popular beliau, Chedet.cc., lapor agensi berita MediaCorp Singapura.

Beberapa laporan polis sudah dikemukakan terhadap Dr. Mahathir, 89 tahun, ekoran tulisan kritik beliau di blog tersebut, yang antara lain menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar segera melepaskan jawatannya itu.

Ini termasuk dakwaan kononnya Najib tidak menguruskan kewangan negara itu dengan baik selain dana melalui agensi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kes kontroversi pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar dilaporkan MediaCorp Singapura sebagai berkata, tidak ada sesiapa pun yang boleh dikecualikan daripada undang-undang di Malaysia – termasuk bekas Perdana Menteri.

Namun, Wan Junaidi berkata sebarang siasatan polis terhadap negarawan itu akan dijalankan secara ‘senyap-senyap’ sebagai tanda hormat kepada beliau kerana pernah menjadi perdana menteri yang paling lama berkhidmat di Malaysia.

Dr. Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat selama 22 tahun sehingga 2003 lalu, kini dituduh cuba berniat jelas untuk menyingkirkan langsung Najib daripada jawatan pemimpin kerajaan Malaysia itu sejak 2009.

Penganalis politik mengatakan taktik Dr. Mahathir melemparkan pelbagai dakwaan dan kritikan pedas terhadap Najib, amat serupa dengan apa yang dilakukannya terhadap mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, mempersoalkan tujuan kritikan Dr. Mahathir yang tidak henti-henti terhadap Najib, dan katanya seumpama tiada jalan penghujung.

“Bilakah ia akan berakhir, dan bilakah kita akan berhenti untuk menjawab semua tohmahan yang dibangkitkan hari demi hari, dan apakah kesudahannya? Jika kita teruskan, siapakah yang akan mentadbir negara?” ujar beliau penuh kesal.


Najib pada Khamis lalu mempertahankan corak kepimpinan dan pentadbirannya menerusi program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung stesen tempatan, TV3, berikutan kritikan-kritikan yang dilemparkan kepadanya oleh Dr. Mahathir.

Sementara itu, anak Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz, turut dikritik penyokong Najib kerana tidak menyatakan secara terbuka sokongannya terhadap kepimpinan Najib, sedang pemimpin-pemimpin UMNO lain pula berbuat demikian.

Mukhriz, yang juga Menteri Besar Kedah, memberi alasan, beliau terpaksa berbuat demikian kerana perlu menunggu hasil siasatan laporan Ketua Audit Negara terhadap isu 1MDB sebelum boleh mengisytiharkan sokongannya.

Namun Hishammuddin berkata: “‎Tanggungjawab Mukhriz sebagai Menteri Besar adalah memastikan Kedah tidak berpecah dan jika berpecah, itu menggambarkan kepimpinannya. Kita semua ada tanggungjawab sendiri.”

Ketegangan antara Najib dan Dr. Mahathir menyebabkan ramai pemimpin UMNO sukar memihak kepada sesiapa kerana kedua-dua mereka tokoh yang hebat dengan Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri yang mencapai banyak kejayaan.

Manakala Najib yang mengambil alih pemerintahan daripada Abdullah baharu sahaja menjadi Perdana Menteri selama enam tahun dan masih terlalu awal untuk menilai tahap pencapaian beliau dalam tempoh singkat itu.

“Perbezaan pendapat antara kedua-dua lelaki hebat ini menyebabkan keadaan politik di negara ini semakin bertambah tidak stabil,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori