• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denggi Di Johor Terkawal, Kematian Akibat Denggi Menurun

oleh Ahmad Albab
25/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Keadaan denggi di Johor masih terkawal dengan mencatatkan penurunan jumlah kematian akibat denggi, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata sehingga minggu ke-15 (sehingga 18 April), empat kes kematian dicatatkan berbanding 12 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Meskipun jumlah kes denggi sehingga minggu ke-15 ada peningkatan, kami lihat sedikit penurunan dari segi kematian. Ini menunjukkan keadaan denggi di Johor terkawal,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2015 di Zoo Johor, di sini Sabtu.

Sehingga 18 April tahun ini, kes denggi di Johor meningkat 26.7 peratus kepada 2,105 kes berbanding 1,662 kes, kata Ayub.

Justeru Ayub berkata pihak berkuasa tempatan perlu terus tingkatkan usaha memastikan kes denggi semakin berkurangan dengan memastikan sampah dikutip tepat pada masanya selain penguatkuasaan yang tegas.

Buat masa ini daerah Johor Baharu paling banyak mencatatkan kes denggi dengan menyumbang 69 peratus kepada jumlah kes denggi di negeri ini.

Johor kekal negeri keempat teratas dari segi kes denggi di belakang Selangor (paling banyak kes denggi), diikuti Kelantan dan Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: demam denggiJohor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd