Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Catat Lebih 20...

KUALA LUMPUR - Seramai 20.1 juta pelancong antarabangsa berkunjung ke Malaysia sepanjang tahun...

Video Seks: Polis Ambil...

KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Menteri Undur: Khabar Angin...

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menyifatkan dakwaan ada menteri...

2 Lelaki Ditahan, Dadah...

JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai dadah dianggar bernilai...

Kebebasan Beragama Di Kalangan Bukan Islam Terjamin

BUKIT MERTAJAM – Barisan Nasional (BN) terus komited dalam memastikan kebebasan beragama di kalangan masyarakat bukan Islam sebagai dasar kerajaan persekutuan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata perpaduan yang diamalkan sejak sekian lama di negara ini, sentiasa menjadi contoh kepada negara-negara lain, dan masyarakat Malaysia harus berbangga serta berusaha mengekalkan nilai murni itu.

“Negara kita sudah merdeka lebih 57 tahun.. dan negara kita telah capai banyak kemajuan dan pembangunan. Ini kerana kita berjaya wujudkan persefahaman baik antara kaum dan agama di negara ini berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun Islam agama rasmi Persekutuan, kedudukan agama lain di di Malaysia tetap terjamin. Ini adalah perkara yang saya sebut tadi terjamin…(dan) selagi BN berkuasa kita akan pastikan kebebasan beragama terus dipelihara,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Pengarah Utama Jentera BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, berkata demikian ketika berucap di hadapan masyarakat Siam di Wat Rajaphohong, Kampung Teluk Wang, di sini hari ini.

Turut hadir di majlis itu Presiden Parti Gerakan Datuk Mah Siew Keong, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman, Ketua Parti Gerakan bahagian Permatang Pauh Koo Sin, dan calon BN bagi PRK Permatang Pauh Suhaimi Sabudin.

Dalam ucapannya, Muhyiddin menegaskan adalah penting bagi keamanan terus dikekalkan bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan memberi tumpuan kepada agenda pembangunan demi kemakmuran rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata sekiranya berlaku konflik antara agama, kecurigaan, serta pergaduhan berterusan antara masyarakat di negara ini, sudah pasti ia akan mengakibatkan Malaysia menjadi mundur, dan akhirnya membawa kesengsaraan di kalangan rakyat.

“Ini semua rakyat Malaysia, ini negara kita dan kita semua hidup dan mati di sini. Sebab itu BN perlu jaga supaya tidak berlaku pergaduhan atau krisis, demi memastikan kita dapat menumpukan masa membangunkan negara.


“Kita tahu negara kita selamat,..(tetapi) kita (adakalanya) tidak menghargai keamanan itu kerana kita tak buat penilaian. Tetapi kalau kita pergi ke negara yang sedang bergolak, kita dapat lihat rakyat miskin hingga susah mendapat makanan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat Siam di Parlimen Permatang Pauh agar memberi sokongan kepada calon pilihan BN bagi memastikan kebajikan mereka terjaga, seterusnya bagi memastikan keamanan dan keharmonian kekal di bawah Kerajaan Persekutuan.

Sewaktu berucap, timbalan perdana menteri, yang juga menteri pendidikan, turut mengumumkan peruntukan RM30,000 bagi sebuah sekolah masyarakat Siam berusia 20 tahun di Wat Rajaphohong di sini, yang mempunyai 30 pelajar di peringkat rendah dan menengah.

PRK Permatang Pauh pada 7 Mei depan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi Sabudin (BN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

Ia diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori