• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dalam Senyap, RTM Bersedia Dengan 80 Saluran TV Percuma

oleh
03/04/2015
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA masyarakat kecoh susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Rabu sehingga menjadi bualan popular jenaka April Fool kali ini, tidak ramai sedar Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia ke arah penyiaran digital.

Secara kebetulan, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-69 stesen rasmi negara kita pada hari ini yang bertema ‘RTM Di Mana Jua Anda Berada’, isu transformasi pendigitalan siaran TV di Malaysia mula kembali diperkatakan banyak pihak.

Program bual bicara secara langsung, Selamat Pagi Malaysia di TV1 pada 1 April turut mengupas isu itu selama setengah jam dengan menjemput eksklusif Ketua Pegawai Komersial MYTV Broadcasting Sdn. Bhd., Haniza Ros Nasaruddin.

Syarikat berteknologi tinggi di bawah firma telekomunikasi Kumpulan Altel Holdings itu bertanggungjawab dalam penyediaan kandungan siaran dan naik taraf prasarana sistem pemancar penyiaran teresterial digital bersama-sama dengan RTM.

Turut menjadi tetamu dalam program itu ialah Pengarah Jabatan Peralihan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Azlina Mohd. Yusof yang menceritakan senario perubahan mega era penyiaran tempatan.

BACA : Patutlah Servis Astro Teruk, Panik Ada Lawan Baru

Gambaran umum projek pembangunan Angkasapuri Media City. – Gambar hiasan

Isi perbualan amat padat sekali gus mengesahkan laporan MYNEWSHUB pada 7 Mac lalu yang menceritakan secara terperinci peralihan fasa dunia penyiaran tanah air susulan banyak rungutan pelanggan terhadap sebuah stesen berbayar terkemuka.

Turut disentuh ialah gambaran bayangan apakah saluran bakal termasuk dalam senarai 80 saluran baharu televisyen digital yang akan dipancarkan secara percuma kepada rakyat Malaysia bermula dengan liputan wilayah Pantai Timur pada Jun depan.

Sebenarnya isu ini telah hangat dibincangkan pengguna media sosial, malah laman Wikipedia sebelum ini telah menyiarkan nama-nama saluran RTM itu yang banyak berdasarkan format stesen tertua di dunia, Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Ini bermakna saluran TV1 dan TV2 sedia ada besar kemungkinan bakal dipecahkan mengikut tema atau genre antaranya berita, drama, sukan, parlimen, kartun, agama, komedi, filem, dokumentari, hiburan, masakan, remaja, bisnes dan sebagainya.

Apa yang pasti, rakyat Malaysia yang masih belum melanggan mana-mana stesen berbayar turut dapat menikmati kecanggihan sistem penyiaran negara kita tanpa dibebani apa-apa yuran langganan bulanan sejajar dengan tema RTM Di Mana Jua Anda Berada.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: digitalpenyiaranRTMSKMMstesentelevisyen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

26/10/2025
0

SHAH ALAM - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf atas kesilapan pengulasnya yang tersilap menyebut nama Presiden Republik Indonesia ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd