• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cerita Kecoh Peguam Anwar Persoal Agong Tolak Ampun

oleh
02/04/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACAM-MACAM hal pernah berlaku apabila kes melibatkan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memihak kepada beliau, namun, kali ini apa yang terjadi mungkin agak keterlaluan.

Kisahnya, pada 1 April semua orang baharu maklum bahawa Lembaga Pengampunan pada 16 Mac secara rasmi menolak petisyen keluarga Anwar untuk pengampunan dari Yang di Pertuan Agong mengenai kes liwatnya.

Bahkan keputusan itu sebenarnya sudah pun bocor sejak minggu lalu apabila pengguna media sosial mendedahkan pihak Istana Negara telah menolak permohonan dikemukakan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ini secara langsung bermakna kerusi beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang akan kosong, cuma kena tunggu pengumuman rasmi dari Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Namun apa yang lebih menarik ialah ‘drama’ di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila wakil-wakil media secara rasmi diberitahu adanya surat dari Lembaga Pengampunan menolak petisyen itu.

Prosiding itu ialah berkaitan permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh peguam Anwar lawan keputusan Jabatan Penjara Malaysia yang tidak benarkan Ketua Umum PKR itu hadir sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang.

Peguam Anwar failkan permohonan semakan kehakiman pada 18 Mac dan asalnya didengar Jumaat lalu tetapi ditangguh untuk menunggu pengesahan mengenai adanya surat Lembaga Pengampunan tolak petisyen pengampunan dari keluarga Anwar.

Ini kerana dengan adanya surat rasmi Lembaga Pengampunan itu maka permohonan semakan kehakiman sudah tidak relevan… sekali gus apabila permohonan ditolak, ia secara langsung bermakna kerusi Anwar sebagai Ahli Parlimen adalah kosong.

Jika sudah begitu apa perlunya lagi untuk bicara semakan kehakiman itu kerana Anwar nanti bukan lagi Ahli Parlimen, atau dalam bahasa mudah, soal hendak hadir sidang Parlimen sebetulnya tidak timbul pun.

Sebenarnya adanya surat Lembaga Pengampunan dalam bentuk afidavit kes sudah diberitahu oleh Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Penjara di mahkamah pada Jumaat lalu.

Amarjeet memberitahu mahkamah dalam kamar hakim pada 1 April bahawa surat penolakan dari Lembaga Pengampunan itu dibuat pada 16 Mac lalu malah katanya, Yang di Pertuan Agong sendiri hadir dalam mesyuarat lembaga berkenaan.

Setelah mendengar perkara ini, Hakim Datuk Asmabi Mohamad pun berpuas hati dan terus menolak permohonan semakan kehakiman. Segala-galanya berjalan lancar dan mengikut aturan.

Ujar Amarjeet, selepas hakim buat keputusan itu memandangkan soal hilang kelayakan Ahli Parlimen berkuat kuasa di bawah Artikel 48 (4) Perlembagaan Persekutuan, maka Anwar hilang kelayakan itu dan semakan kehakiman tidak perlu diteruskan.

Di sinilah bermulanya ‘episod drama’ dan menurut portal berita Agenda Daily pada Rabu, barisan peguam Anwar nyata tidak puas hati serta pertikai surat Lembaga Pengampunan dalam afidavit tersebut.

Salah seorang peguam tersebut, Lateefa Koya menurut portal itu telah mendakwa, kononnya setakat ini Anwar mahu pun keluarganya sendiri belum terima apa-apa surat dari Istana Negara.

Dakwanya lagi, sepatutnya Yang di Pertuan Agong menulis sendiri surat kepada keluarga Anwar memberitahu mengenai keputusan yang dibuat ke atas permohonan petisyen berkenaan.

Beliau sebaliknya memberi alasan, macam mana hendak memastikan surat daripada Lembaga Pengampunan itu benar-benar keputusan Yang di Pertuan Agong dan bukan rekaan sesiapa.

Ini mendorong salah seorang wartawan bertanya balik; bukankah tidak logik kalau Lembaga Pengampunan berani memandai-mandai pula buat keputusan cukup penting itu tanpa restu Yang di Pertuan Agong.

Lateefa yang mungkin terkejut dengan soalan cepu emas itu segera jawab apabila mendakwa; kononnya sekarang ini macam-macam benda tidak logik boleh berlaku seperti dalam drama televisyen pula.

Kalangan wartawan hanya ‘geleng kepala’ melihat sampai ke tahap itu sekali peguam Anwar mahu ‘pusing’ kesahihan satu dokumen rasmi yang dikemukakan oleh Lembaga Pengampunan kepada mahkamah.

Malah Amarjeet sendiri sudah mengesahkan Yang di Pertuan Agong hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 16 Mac semasa keputusan penolakan secara muktamad dibuat.

Seolah nampak macam buat-buat bodoh… Lateefa juga persoal guna alasan bahawa dalam surat Lembaga Pengampunan hanya sebut “hukuman diteruskan” …tetapi tidak pula sebut ‘TOLAK’.

Dia sengaja terlupa, bukankah ‘hukuman diteruskan’ dalam bahasa mudah bermaksud pesalah kena terus jalani hukuman yang sudah dikenakan tetapi menurut Lateefa, beliau tidak faham maksud ‘ hukuman diteruskan’.

Dakwanya ia tidak bermakna pengampunan ditolak dan katanya lagi surat itu juga tidak memberi sebab pengampunan ditolak, sekali gus bertegas kerusi Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh belum kosong.

Begitulah kehebatan peguam Anwar sehingga ke peringkat boleh meragui apa sahaja benda remeh untuk dijadikan isu teknikal tetapi mereka terlupa, rakyat melihat ‘drama’ yang jelas memperbodohkan kita pula.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Anwar IbrahimIstana NegaraLiwatPengampunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd