Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

GST Bantu Kerajaan Tingkat...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April tahun...

PPBM Biadab Kecoh Di...

JIKA dahulu, DAP terpaksa 'mempergunakan' Pemuda PAS untuk membuat perhimpunan kecoh, namun kali...

Azmin Ali Enggan Dedah...

PETALING JAYA - Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali hari ini...

Potret Jokowi Senyum Nampak...

JAKARTA – Di negara kita, potret rasmi Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri atau Perdana...

Cadang Siarkan Undi Ahli Parlimen Di Laman Web

KUALA LUMPUR – “Saya akan cadangkan kepada Dewan Rakyat supaya senarai nama dan pengundian Ahli Parlimen dipaparkan di laman web rasmi Parlimen”.

Ahli Parlimen DAP Segambat, Lim Lip Eng mendakwa, perkara itu wajar dilaksanakan untuk orang ramai mengetahui apa yang disokong atau tidak disokong oleh wakil rakyat masing-masing di Parlimen.

“Rakyat berhak mengetahui apa dan bagaimana wakil rakyat mereka mengundi dalam satu-satu usul atau rang undang-undang bagi memastikan suara mereka benar-benar dibawa di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lip Eng mendakwa, ketelusan itu penting bagi memastikan akauntabiliti dan kebertanggungjawaban Ahli Parlimen kepada pengundi dan rakyat dapat dipastikan secara telus.


Beliau berkata demikian berikutan keputusan Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Hasutan (Pindaan) 2015 disokong seramai 108 ahli parlimen menyokong dan 79 menolak baru-baru ini.

Cadangan Lip Eng itu bagaimanapun dilihat ramai pihak sebagai usaha memberi tekanan kepada mana-mana Ahli Parlimen pembangkang terutama daripada DAP dan PKR yang mungkin bersetuju dengan rancangan hudud oleh PAS Kelantan. – MYNEWSHUB.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori