• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi ‘Beg Kertas’ Tambat Hati Ramai Hingga Jadi Rebutan

oleh AK-47
13/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMPOH hari kami ada menyiarkan artikel mengenai penemuan seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dalam sebuah beg kertas yang ditinggalkan di atas sebuah kereta.

BACA: Gambar.. Bayi Comel Dibuang Dalam Beg Kertas

Kisah bayi ini ternyata menarik perhatian ramai hingga menjadi viral di laman sosial.

Kecomelan bayi yang dipercayai dibuang ini menambat hati banyak pihak yang simpati dan berhasrat mengambilnya sebagai anak angkat hingga menjadi rebutan.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor Wan Zarina Wan Salah, lebih 10 pasangan telah membuat permohonan untuk mengambil bayi itu sebagai anak angkat termasuk pasangan suami isteri yang menemui bayi berkenaan.

Bagaimanpun, mereka yang berminat mengambil anak angkat perlulah melalui prosedur tertentu terlebih dahulu.

Jelasnya, bayi lelaki itu kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Selayang sehingga keadaannya sihat.

“Bayi lelaki itu kemudiannya akan dibawa ke Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras di bawah perintah perlindungan sementara sehingga siasatan polis selesai.

“Dalam tempoh itu juga jika masih tiada keluarga kandung atau waris hadir dan menuntut bayi berkenaan, dia akan ditempatkan di rumah kanak-kanak.

“Seterusnya barulah bayi itu diserahkan sebagai anak pelihara mengikut prosedur ditetapkan JKM kepada mana-mana pasangan yang layak,” kata Wan Zarina lagi.

Bayi comel tersebut ditemui ditinggalkan atas hud kereta di Masjid An Nur Bandar Country Homes, Rawang oleh seorang lelaki berusia 64 tahun selepas menunaikan solat Isyak baru-baru ini.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

https://www.youtube.com/watch?v=6rB06CMqe3U

Tags: bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd