• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAM Sasar Beregu Lelaki Di Ranking Ke-16 Terbaik Dunia

oleh Ahmad Albab
20/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyasarkan beregu lelaki kebangsaan berada di ranking ke-16 terbaik dunia dalam tempoh setahun di bawah program penstrukturan semula pasangan beregu negara itu.

Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen berkata program penstrukturan itu akan memberi fokus terhadap kejohanan-kejohanan yang bakal disertai serta gandingan dalam kalangan pasangan beregu tersebut.

Beliau berkata menerusi pelan penstrukturan itu, beregu berada di ranking ke bawah akan didedahkan kepada lebih banyak Kejohanan Siri dan Cabaran Antarabangsa serta Kejohanan Grand Prix, di samping Kejohanan Grand Prix Emas yang akan menentukan kelayakan untuk penyertaan serta ranking mereka dalam sesuatu kejohanan yang diiktiraf oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

“Ini bagi memastikan mereka meraih mata yang cukup untuk melonjakkan ranking mereka sebelum didedahkan kepada kejohanan peringkat lebih tinggi kerana, jika tidak mereka perlu beraksi di pusingan kelayakan pada setiap kali kejohanan.

“Biasanya, kita beraksi di kejohanan yang kecil bagi membolehkan mereka mendapat mata ranking. Dalam tempoh setahun, kami mahu melihat tiga beregu utama negara dalam ranking ke-16 teratas dunia. Ia cabaran yang besar bukan sahaja kepada pemain tetapi juga kepada jurulatih,” katanya kepada pemberita di pejabat BAM, Bukit Kiara di sini hari ini.

Pada masa ini, beregu utama Malaysia ialah Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang berada pada kedudukan ke-33 dalam ranking dunia BWF.

Beregu lelaki lain ialah Chooi Kah Ming/Ow Yao Han, Teo Kok Siang/Mak Hee Chun dan Tan Wee Gieen/Teo Ee Yi.

Sementara itu, Frost kagum dengan peningkatan prestasi yang dipamerkan beregu wanita dan beregu campuran negara pada Kejohanan Badminton China Masters 2015.

Beregu wanita Vivian Hoo/Woon Khe Wei dan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Li Ying memberi tentangan sengit kepada pasangan beregu dari China, sebelum terpaksa akur dengan kehebatan mereka pada perlawanan separuh akhir kejohanan tersebut, Sabtu lepas.

Vivian Hoo/Khe Wei tumpas kepada Tang Jinhua/Zhong Qianxin 21-23 dan 9-21, manakala Peng Soon/Li Ying mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum kalah 21-17, 17-21, 17-21 kepada pilihan utama Liu Cheng/Bao Yixin.

“Itu satu pencapaian yang sangat membanggakan daripada pasangan beregu negara. Saya sangat berpuas hati kerana prestasi mereka di luar jangkaan saya, “kata Frost. – BERNAMA

Tags: BAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd