• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayuh Malaysia, Doakan Lee Chong Wei – BAM

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat sukan badminton mendoakan agar keputusan pendengaran kes doping jaguh negara Datuk Lee Chong Wei mencapai keputusan yang positif.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, dengan keputusan positif yang dicapai nanti, bekas pemain nombor satu dunia itu dapat meneruskan cabaran yang lebih besar khususnya membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik kepada negara.

“Saya harap semua rakyat Malaysia dan peminat Chong Wei supaya dapat doakan agar kes itu dapat keputusan yang positif. Dengan keputusan positif itu beliau dapat meneruskan cabaran yang lebih besar khususnya dalam usaha mendapatkan pingat emas yang masih ‘elusive’ lagi bukan sahaja kepada beliau tapi juga kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

“Saya yakin dan percaya bahawa beliau berada dalam keadaan yang baik dan amat bersedia dengan pendengaran kes itu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Permanis Sandilands Sdn Bhd dan Curtin University, Sarawak dengan Institut Sukan Negara (ISN) di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata, beliau yakin dengan segala bukti yang telah dikumpulkan oleh pihak peguam, keputusan positif dapat dicapai pada sesi pendengaran itu nanti.

“Saya tidak mahu bersikap subjudis kepada kes itu. Sebagai pemimpin di BAM tentu saja saya hendak melihat Chong Wei dapat meneruskan karier beliau.

“Dengan persediaan yang kami buat dan dapatkan peguam yang amat terkenal dalam kendalian kes sukan, saya yakin apa yang kami buat dan apa yang kami usahakan untuk Chong Wei adalah yang terbaik dan kami mengharapkan keputusan yang terbaik,” kata Mohamad Norza.

Chong Wei, 33, digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana gagal ujian doping dan didapati positif ‘dexamethasone’ pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos tahun lepas.

Naib juara Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 itu kemudiannya digantung BWF mulai 11 Nov lalu sementara menantikan kesnya didengar di Amsterdam, Sabtu ini.

Semalam, Chong Wei bersama-sama peguam peribadi dan pengurus besar BAM Kenny Goh serta seorang anggota majlis BAM Jadadish Chandra berlepas ke London.

Di London, Chong Wei akan bertemu dengan peguam yang dilantik Kementerian Belia dan Sukan, Mike Morgan sebelum berlepas ke Amsterdam, Belanda bagi pendengaran kes berkenaan. – Bernama

Tags: Lee Chong Wei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd