Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Video: Wow.. Pemain Rugbi...

VIDEO yang memaparkan seorang pemain rugbi menari serta membuat persembahan bersama-sama barisan pasukan...

PM 8 Kena Jaga...

Dari Facebook DrPuad ZarkashiINI satu lagi ungkapan menarik daripada PM 8 masa temubual...

PRK Rantau: PH Pilih...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) hari ini memilih Penyelaras Dewan Undangan Negeri...

Jangan Takutkan Golongan Cendikiawan...

KUALA LUMPUR -- Jangan takutkan golongan cendikiawan kerana mereka adalah harta negara yang...

Mischa Barton Saman Ibu Sendiri Sebab ‘Kelepet’ Duit

PELAKON Mischa Barton menyaman ibunya sendiri, Nuala Barton atas dakwaan ibunya mencuri wang miliknya sehingga mampu membeli sebuah rumah banglo mewah berharga USD$ 7.8 juta di Beverly Hills.

Memetik kenyataan peguam Mischa, Alex Weingarten, aktres itu menyifatkan perbuatan ibunya sebagai tamak dan pecah amanah sehingga tergamak memakan duit anak sendiri secara senyap-senyap.

mischa1
Mischa Barton dan ibunya, Nuala.

Menurut laporan People, kedua-dua ibu bapa Mischa tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak 10 tahun lalu dan hanya bergantung sepenuhnya kepada Mischa.

Selain itu, Nuala turut dikatakan mengeksploitasi nama Mischa ketika mula-mula menubuhkan perniagaan butik miliknya, beberapa tahun lalu.

Mischa merupakan pelakon utama drama bersiri The OC, sinonim dengan wataknya sebagai Marissa Cooper yang dilakonkan bersama Rachel Bilson dan Adam Brody.


– MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

https://www.youtube.com/watch?v=eUX-3iguB0c

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori