• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Maslan Tolak Jemputan Pembangkang Untuk Debat GST

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak memerlukan pentas pembangkang untuk memberi penerangan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ahmad berkata tidak perlu bagi beliau menerima jemputan sebagai ahli panel forum GST daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana pembangkang terang-terang menafikan kebaikan sistem itu.

AMK Pulau Pinang dilapor menyerahkan surat jemputan sebagai ahli panel forum GST 2 Mei ini kepada Ahmad semasa lawatan beliau ke tapak ekspo Seberang Jaya, 23 April lepas.

“Saya tidak mahu berdebat di pentas mereka bukan kerana saya takut… di Dewan Rakyat sudah berkali-kali saya jawab. Saya ada banyak pentas dan medium lain untuk jelaskan (GST).

“Mereka (pembangkang) perkara yang betul pun mereka akan putar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang kali ke-39, di sini hari ini.

Beliau berkata persepsi negatif mengenai GST dalam kalangan masyarakat disebabkan kurang pemahaman tentang konsep percukaian baharu itu dan sikap tamak segelintir peniaga yang memanipulasi GST untuk mengaut untung.

“Peniaga tidak beretika membentuk persepsi umum yang silap…sedangkan mereka (peniaga) boleh tuntut semula cukai input yang dibayar,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/IcYvFt3kf9c

Tags: Ahmad MaslanGST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd