• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Spekulasi Berhubung Nahas Helikopter – Maslan

oleh Ahmad Albab
05/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Orang ramai diminta menghentikan sebarang spekulasi berhubung nahas helikopter awam yang terhempas di Kampung Sungai Pening di Semenyih, petang semalam, sebagai menghormati keluarga mangsa.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata tindakan segelintir pengguna media sosial yang membuat pelbagai spekulasi termasuk mengaitkan kejadian itu dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan adalah sesuatu yang tidak wajar.

“Ada yang menyatakan (pengguna media sosial) kejadian itu adalah balasan Allah SWT kerana kita (kerajaan) melaksanakan GST dan zalim kepada orang miskin.

“Jangan buat cerita tidak baik daripada kejadian itu. Ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan GST dan hanya akan mengguriskan perasaan anggota keluarga,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan GST di restoran makanan segera KFC Cawangan Simpang Renggam, di sini, hari ini.

Nahas helikopter AS365N2 Dauphin itu mengorbankan kesemua enam orang di dalamnya iaitu Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia yang juga bekas menteri Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin
Alias, juruterbang Kpt Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, Pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.

Sambil menyifatkan kehilangan dua sahabat iaitu Jamaluddin dan Azlin, Ahmad turut berharap siasatan terhadap nahas terbabit dilakukan secara menyeluruh bagi mengelak sebarang keraguan sekali gus meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap industri penerbangan.

“Walaupun kita tahu kejadian berlaku ketika hujan dan cuaca buruk, tetapi, kita tidak boleh ambil mudah dan buat rumusan kejadian berlaku disebabkan cuaca.

“Ia berkemungkinan sabotaj, kerosakan teknikal ataupun tidak mematuhi prosedur. Kalau ada sebab lain, maka, ia perlu dinyatakan supaya tidak timbul keraguan sehingga dikhuatiri menyebabkan industri penerbangan negara ini merosot,” katanya sambil berharap seluruh anggota keluarga mangsa bersabar dengan kejadian berkenaan. – BERNAMA

Tags: Ahmad Maslannahas helikopter
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gambar: Menarik! Selebriti Miliki Wajah Iras Orang Zaman Dahulu

Next Post

GAMBAR: Tangan Hancur ‘Dimakan’ Mesin Pengisar Daging

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Next Post

GAMBAR: Tangan Hancur 'Dimakan' Mesin Pengisar Daging

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd