• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Pembangkang Gesa Tuala Wanita Dikecualikan GST

oleh Ahmad Albab
03/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang menggesa agar tuala wanita dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkuat kuasa semalam.

Chua Yee Ling (PKR-Kuala Sepetang) berkata wanita tidak patut dikenakan cukai bagi pembelian produk kebersihan yang membantu dalam keperluan biologi mereka ketika datang haid.

“GST ke atas produk kebersihan wanita telah melanggar hak asasi kami untuk mendapatkan bantuan kebersihan,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung
kasih atas titah ucapan perasmian sidang dewan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyuarakan impak GST ke atas dirinya sebagai seorang wanita.

Katanya, terdapat satu kempen secara dalam talian yang dimulakan sejak 20 Mac lepas bagi menggesa tuala wanita dikecualikan daripada GST dinamakan ‘Stop Taxing Women For Their Period’.

“Maka saya ingin mengesyorkan ahli-ahli Yang Berhormat, tidak kira Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat, tidak kira lelaki atau wanita, sama-sama kita menyokong petisyen dalam talian ini dan saya juga mengesyorkan supaya Menteri Besar Perak boleh mengemukakan petisyen kerajaan negeri Perak berhubung isu ini,” katanya.

Terdahulu, Chua berkata Pakatan Rakyat membantah pelaksanaan GST kerana berpendapat masanya tidak sesuai berikutan kadar gaji yang masih rendah di negara ini.

Beliau berkata Institut Darul Ridzuan yang berperanan sebagai pemikir mengenai haluan dan polisi membangunkan negeri boleh menjalankan kaji selidik berkaitan impak pelaksanaan GST terhadap rakyat negeri ini.

Katanya, beliau bersetuju dengan cadangan Chang Lih Kang (PKR-Teja) agar sidang tergempar diadakan bagi menangguhkan pelaksanaan GST.

Pada peringkat ini, Datuk Samsudin Abu Hassan (BN-Ayer Kuning) bangun mencelah dan berkata pelaksanaan GST yang menggantikan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) sebenarnya memberi kenikmatan kepada kebanyakan rakyat berikutan pengurangan kadar cukai yang perlu dibayar.

“Persoalannya, sejauh mana pihak peniaga mempunyai jati diri untuk benar-benar melaksanakan tanggungjawab mereka dan tidak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan ketika GST mula-mula dilaksanakan.

“Kalau pihak peniaga mengambil tindakan dan peranan sebagaimana yang telah diamanahkan, saya merasakan keluh-kesah orang ramai hari ini tidak akan menampakkan diri apatah lagi mereka dimomokkan oleh perkara-perkara sehingga mereka cemas dan membeli barangan secara panik sebelum 1 April,” katanya.

Justeru, katanya wakil rakyat sepatutnya bersama-sama memberi penerangan bahawa GST adalah lebih baik berbanding SST.

“Ia bukan satu isu untuk ditangguhkan,” katanya.

Persidangan bersambung esok. – BERNAMA

https://youtu.be/_p2xUbv6HaY

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd