• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

78 Rakyat Malaysia Dijangka Tiba Di KLIA Hari Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan pertama rakyat Malaysia iaitu seramai 78 orang yang dipindahkan dari Yaman berikutan pergolakan di negara itu, akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang, hari ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan semalam berkata, kesemua mereka akan berlepas dari Jeddah menaiki beberapa syarikat penerbangan dan dijangka tiba pada waktu berlainan.

“Kumpulan ini akan diterbangkan pulang ke Malaysia dari Jeddah. Penerbangan melalui syarikat penerbangan Malaysia Airlines MH 151 iaitu seramai 29 orang akan tiba kira-kira 11 pagi.

“Penerbangan Sri Lankan Airlines UL314 iaitu seramai tiga orang tiba 2.05 petang, Emirates EK346 (38 orang) dijangka tiba 3.05 petang manakala Qatar Airways QR852 (lapan orang) dijangka tiba 8.50 malam,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 156 rakyat Malaysia yang dipindahkan dari Yaman berikutan pergolakan di negara itu, dijangka pulang ke tanah air mulai hari ini.

Kelmarin Bernama melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Sana’a dan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh serta Konsulat Jeneral di Jeddah telah memulakan fasa pertama usaha membawa pulang rakyat Malaysia di Yaman.

Seramai 108 rakyat Malaysia dari Sana’a dan 44 dari Hudaidah telah dipindahkan melalui laluan darat ke Arab Saudi manakala bagi fasa kedua pula, ia melibatkan usaha membawa pulang rakyat Malaysia di Aden dan wilayah Hadramaut. – BERNAMA

Tags: rakyat MalaysiaYaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd