Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Isu Jawatan Presiden, Timbalan...

IPOH – UMNO Perak belum membuat sebarang keputusan berhubung isu jawatan Presiden dan...

IPD KLIA Awasi KLIA,...

SEPANG - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

5 Lelaki Ditembak Mati...

KUALA LUMPUR – Polis menembak mati lima lelaki yang menyamun kedai emas di...

Koperal Polis Maut Dipercayai...

SHAH ALAM: Seorang anggota polis maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri...

50 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Semporna

SEMPORNA – Lima puluh buah rumah musnah dalam kebakaran di Kg Bangau-Bangau, sebuah perkampungan atas air, di Semporna awal hari ini, insiden kedua dalam masa 11 hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Fazizul Izam Borhan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.47 pagi sebelum sebuah jentera berserta sembilan anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

“Kami juga mendapat bantuan lima anggota bomba dari Kunak serta lima orang anggota bomba sukarela,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya agensi yang turut membantu dalam operasi memadamkan kebakaran termasuk polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk setempat.

Fazizul berkata kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke kawasan lain pada pukul 3.33 pagi dan api padam sepenuhnya pada pukul 5.55 pagi.


Katanya tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Pada 25 Mac lalu, kebakaran di kawasan perkampungan yang sama memusnahkan 233 buah rumah.

Hari ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi Nasional Tawau akan menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di kampung berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori