• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Suspek Kes Samun Ditahan Di Taman Seri Sentosa Klang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Empat suspek kes samun ditahan manakala seorang lagi berjaya melarikan diri dalam kejadian di Taman Seri Sentosa di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian pada 6.30 pagi itu, pasukan peronda dari unit cegah jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan yang sedang melakukan rondaan di kawasan perumahan berkenaan terserempak dengan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Estima dalam keadaan mencurigakan.

“Selepas membuat semakan terhadap nombor pendaftaran kenderaan itu, didapat ia telah dilaporkan hilang pada awal pagi tadi di Selayang.

“Apabila polis cuba untuk menahan kenderaan itu di Jalan Datuk Abdul Hamid 12, pemandunya cuba melarikan diri dan melanggar tiga buah kenderaan, malah seorang daripada anggota kami turut cedera,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Berikutan itu, beliau berkata, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan dan dipercayai telah mencederakan dua daripada lima suspek yang berada dalam kenderaan berkenaan.

Menurut beliau, susulan daripada tembakan itu juga, kenderaan suspek mengalami kerosakan dan berhenti di Jalan Datuk Dagang 7, kira-kira 500 meter daripada lokasi pertama.

“Selepas dikepung, empat suspek yang berumur lingkungan 21 hingga 26 tahun telah berjaya ditahan manakala seorang telah melarikan diri,” katanya.

Kamarul Zaman berkata gerakan mencari suspek yang melarikan diri sedang giat dijalankan dan beliau menasihati mana-mana klinik atau pusat rawatan tradisional yang didatangi individu cuba mendapatkan rawatan akibat kecederaan tembakan di badan supaya segera melaporkan kepada polis.

Menurutnya, kumpulan berkenaan dipercayai bergiat aktif dalam aktiviti samun sejak tiga bulan lepas, tetapi mula bertindak ganas sejak akhir-akhir ini.

“Kami percaya kumpulan yang sama telah menetak kedua-dua tangan seorang lelaki di Bandar Parkland dekat sini hanya kerana bertanyakan ‘apa kamu buat di sini’ pada malam semalam.

“Selain itu, kumpulan ini juga telah melanggar seorang individu setelah mereka melarikan kereta mewah jenis Toyota Vellfire milik mangsa di Kampung Jawa di sini, lewat malam semalam,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes samunpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd