• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

30% Kuota Pengambilan Guru Baharu Bagi Anak Sarawak

oleh Ahmad Albab
28/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Pendidikan menetapkan mulai tahun ini 30 peratus daripada kuota pengambilan guru baharu akan dikhaskan bagi anak Sarawak.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan dalam majlis dialog bersama frateniti pendidikan negeri di sini pada 12 Feb lepas.

Ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, beliau berkata kerajaan negeri ‘sangat bimbang’ dengan peratusan tinggi guru baharu bukan anak tempatan yang ditugaskan di Sarawak terutamanya pada tahun ini apabila hanya 25.4 peratus atau 624 orang daripada 2,454 guru baharu adalah anak tempatan.

Fatimah berkata sehingga kini, daripada 42,627 guru yang berkhidmat di negeri ini, 32,402 orang (76 peratus) adalah penduduk tempatan, 9,440 orang (22.15 peratus) dari Semenanjung Malaysia manakala 785 orang (1.84 peratus) dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengagihan ini, kata beliau, adalah wajar memandangkan pelajar tempatan bukan sahaja diajar oleh guru tempatan tetapi juga oleh guru dari negeri lain selain dari luar negara.

“Mereka akan memperoleh manfaat hasil pelbagai pengalaman guru berkenaan yang datang daripada latar belakang pendidikan dan sosiobudaya yang berbeza,” katanya.

Sementara itu, Fatimah berkata semua perbelanjaan berkaitan penubuhan Pusat Pembelajaran Komuniti untuk mendidik anak pekerja ladang Indonesia di negeri ini akan menjadi tanggungjawab tunggal kerajaan Indonesia dan syarikat perladangan yang berkaitan.

Perkara ini, kata beliau, dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo baru-baru ini.

Dalam perkembangan berasingan, Fatimah berkata Sarawak mencatatkan jumlah kehamilan remaja kedua tertinggi di seluruh negara.

Katanya perangkaan daripada Jabatan Kesihatan Sarawak pada 2014 menunjukkan Sarawak mencatatkan 3,401 kes daripada 16,787 kes di Malaysia.

Beliau berkata beberapa bahagian di negeri ini juga mencatatkan jumlah kehamilan remaja luar nikah yang sangat tinggi.

“Purata nasional adalah 24.2 peratus dan negeri adalah 35.5 peratus namun Sarikei mencatatkan 48.3 peratus, Kapit (44.8 peratus) Kuching dan Bintulu (43.6 peratus) dan Miri (41 peratus),” kata Fatimah.

Perkara ini, katanya, jika tidak ditangani segera boleh mengakibatkan kemusnahan institusi keluarga dan membawa pelbagai masalah sosial. – BERNAMA

Tags: Gurusarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd