• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Mayat Dalam Kereta Disyaki Dikelar, Dicekik Rakan

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki berusia 20-an ditemui mati, dipercayai dikelar dan dicekik rakannya akibat perselisihan faham, dalam sebuah kereta di KM10 Jalan Bristol, Rawang di sini awal hari ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 1 pagi tadi dan mayat kedua-dua lelaki itu ditemui orang awam kira-kira 8 pagi, yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata berdasarkan siasatan kedua-dua lelaki itu dipercayai mengambil empat rakan mereka di Taman Pelangi, Rawang untuk ke Kuang bagi menyambut Tahun Baru Tamil.

“Siasatan awal mendapati, ketika di lokasi kejadian salah seorang suspek telah mengeluarkan kata-kata yang mengguris perasaan pemandu kereta itu yang merupakan seorang sami sambilan hingga mengakibatkan mangsa bertindak mengeluarkan sebilah pisau pemotong kertas lalu mengacu ke arah suspek yang duduk di arah belakang.

“Tindakan mengejut mangsa tersebut dipercayai menyebabkan perselisihan dan menyebabkan suspek mencapai pisau berkenaan dan mengelar leher pemandu kenderaan tersebut,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini hari ini.

Katanya tindakan itu dipersoalkan seorang lagi mangsa yang duduk di sebelah pemandu dan menggertak untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

“Suspek yang dipercayai takut dengan tindakan mangsa itu kemudian bertindak menjerut leher mangsa kedua tersebut sehingga mati dengan menggunakan tali pinggang keledar,” katanya.

Ali berkata keempat-empat suspek tersebut kemudian dipercayai mengalihkan kedudukan mangsa pertama ke bahagian tempat duduk penumpang belakang dan cuba menolak kenderaan itu ke dalam gaung tetapi gagal, menyebabkan kereta itu tersangkut di tepi gaung.

Menurutnya, dua suspek telah ditahan di sekitar Rawang sejam selepas pihaknya mendapat laporan berhubung insiden itu iaitu kira-kira 9 pagi tadi manakala dua lagi suspek telah dikenal pasti.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA

Tags: kes bunuhpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd