• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beranak Didakwa Ludah Dan Tampar Anggota Polis

oleh Ahmad Albab
19/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Gara-gara meludah dan menampar seorang anggota polis Rabu lalu, dua beranak hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini.

Shaikh Abdul Shukor Shaikh Abdul Wahab, 31, seorang peniaga, dan bapanya Shaikh Abdul Wahab Shaikh Ibrahim, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret L. Umma Devi.

Mengikut pertuduhan, Shaikh Abdul Shukor dan bapanya didakwa bersama-sama melakukan kekerasan jenayah terhadap Koperal Mohamed Shahrul Nizam Mohamed Salleh dengan menampar dan meludah anggota polis itu ketika mangsa sedang menjalankan kewajipannya.

[BACA: Dua Beranak Terima Padah Ludah, Tampar Polis Trafik]

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Patani di sini pada jam 9.50 malam, 15 April lalu mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh bagaimanapun peguam Muhammad Asri Abdul Hamid yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan minimum dikenakan ke atas anak guamnya.

“Anak guam saya Shaikh Abdul Shukor menghidap bengkak hati dan perlu menyara isteri dan seorang anak manakala tertuduh kedua (Shaikh Abdul Wahab) menghidap sakit jantung dan mempunyai isteri yang uzur,” katanya.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 19 Mei depan untuk sebutan bagi serahan dokumen. – BERNAMA

https://youtu.be/f5jpkoP2gfM

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd