• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Anggota Polis Positif Dadah Di Kelantan – Mazlan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Seramai 16 anggota polis di Kelantan dikenalpasti positif dadah sejak Januari hingga Mac lepas, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Mazlan berkata pihaknya telah mengambil tindakan tegas terhadap anggota terbabit.

“Pihak kami telah membuat prosedur yang teliti serta mengambil tindakan tegas kepada anggota yang terlibat dan bersekongkol dengan pengedar dadah.

“Ia berikutan anggota ini menyukarkan pihak kami untuk melakukan operasi dan tidak dapat melakukan tangkapan akibat kebocoran maklumat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara penutup program Walkathon “Benci Dadah” di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Rosli Abdul Rahman dan Pengerusi Inspirasi Penubuhan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kelantan Datin Siti Aishah Haron.

Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan berkata pihaknya akan terus memburu pengedar dadah di negeri ini.

“Hasilnya, seramai 154 pengedar dadah berjaya ditangkap sejak Jan hingga Mac lepas dalam Ops Jaya berbanding 135 kes dalam tempoh sama tahun lepas,” katanya.

Sementara itu, katanya, seramai 81 pelajar sekolah bakal mengikuti kursus pemulihan dadah bagi kem motivasi pencegahan jenayah sebagai langkah kerjasama polis dan pihak sekolah untuk membanteras dadah di peringkat sekolah.

Program Walkathon “Benci Dadah” itu telah disertai kira-kira 1,000 peserta daripada kalangan remaja, belia dan orang dewasa. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=ZkCecqiix8U

Tags: kes dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd