TEKA teki perihal hubungan istimewa antara Zizan Razak dengan seorang pegawai Astro yang dikenali sebagai Putri Yasmin Megat Zaharuddin akhirnya terjawab.
BACA: Ibu Zizan Bengang Anaknya Digosip Dengan Pegawai Astro
Zizan menegaskan, dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Putri Yasmin seperti khabar angin yang tersebar baru-baru ini.
Jelasnya, hubungan rapat yang terjalin bersama Naib Presiden Gen Next Astro itu hanya berkaitan urusan  kerja semata-mata.

Menurut mStar Online, Zizan, 31, berkata kemesraan mereka telah disalah tafsir oleh pihak tertentu sedangkan dia hanya menganggap Putri Yasmin seperti kakak sendiri.
“Saya tidak tahu bagaimana gosip seperti jni boleh tersebar dan saya anggap ia sesuatu yang mengarut dan kelakar.
“Hubungan kami hanya atas dasar kerja kerana dia pengurus dan bos saya sahaja, malah, saya anggap dia sebagai kakak,” katanya.
Dalam pada itu, Zizan akui kontroversi yang melanda ini membuatkan dirinya agak tertekan untuk berhadapan dengan media.
“Saya tidak tahu ini fitnah jenis apa dan saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi. Saya juga harap pihak media memberi saya bernafas untuk menjawab isu ini,” ujarnya.
Sementara itu, Zizan berkata dia tidak mahu memberi sebarang kenyataan dan mengulas tentang status percintaannya dengan Emma Maembong.
– MYNEWSHUB.CC