• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Bahaya Fitnah, Pembohongan Media Sosial

oleh Ahmad Albab
04/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengingatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada dengan penyebaran fitnah dan pembohongan yang semakin berleluasa dalam media sosial.

Beliau berkata jika tidak dibendung, perbuatan itu berbahaya kepada keselamatan dan keamanan negara kerana boleh menimbulkan pergeseran dan pertelingkahan antara kaum.

“Jika berlaku huru-hara dalam negara, sudah tentu akan menjejaskan pelaksanaan projek-projek pembangunan untuk rakyat kerana wang negara yang ada terpaksa dibelanjakan untuk memulihkan keselamatan dan ketenteraman,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dan terpedaya dengan maklumat tidak berasas yang disiarkan media sosial kerana ada antaranya dibuat untuk kepentingan pihak tertentu.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Aspirasi Tahun Baharu 2015 anjuran Jabatan perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Perlis di Dewan Warisan di sini, malam tadi.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Hamdan Bahari, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Perpaduan Negeri Rela Ahmad serta Timbalan Ketua Pengarah Perpaduan Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Abdul Halim Omar.

Pada majlis itu, Azlan turut menyampaikan surat pelantikan dan kad kenal diri Anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga di negeri ini bagi 2015/2016. – BERNAMA

Tags: Azlan Manmedia sosial
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin PKR Pahang Padam Ulasan Insiden PMX Didakwa ‘Kena Boo’?

Pemimpin PKR Pahang Padam Ulasan Insiden PMX Didakwa ‘Kena Boo’?

08/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Norman Daud dipercayai telah menurunkan hantaran di media sosial...

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Tindakan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memuat naik rakaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd