• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Dipercayai Pengedar Dadah Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tiga lelaki ditahan kerana memiliki syabu dan heroin serta pil Erimin 5 bernilai RM16,150 di sekatan jalan raya di Jalan Langgar-Pokok Sena tengah malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt Rohana Omar berkata, mereka yang berusia antara 26 hingga 31 tahun ditahan kira-kira 12.15 tengah malam ketika menaiki kereta sewa menuju Pokok Sena.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas kereta itu menemui tiga beg di dalamnya dengan setiap beg masing-masing mengandungi 15 paket syabu seberat 35.85 gram, sembilan paket heroin seberat 229.71 gram dan tujuh biji pil Erimin 5.

“Kita turut rampas wang tunai sebanyak RM3,468 di dalam dash board. Kita juga turut temui satu pisau kerambit dan satu baton T dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini.

Kesemua suspek dari Pokok Sena dan Kulim dipercayai pengedar dadah di utara negeri ini, berikutan penemuan alat penimbang elektronik dan tujuh buah telefon bimbit dalamk kereta itu.

Rohana berkata, ketiga-tiga suspek didapati positif morfin dan methamphetamine selain mereka memiliki rekod jenayah berkaitan kes dadah, curi dan mencuri kenderaan.

Ketiga-tiganya direman bermula semalam hingga 15 Mac dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Akta Senjata Berjadual. – BERNAMA

Tags: kes dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd