• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Penyelewengan Agihan Bantuan Banjir

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan tiada sebarang penyelewengan dalam agihan bantuan banjir kepada mangsa yang terlibat dalam bencana itu pada Disember lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, peruntukan untuk diagihkan di bawah penyelarasan Majlis Keselamatan Negara (MKN) diserahkan kepada penerima berdasarkan senarai yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Duit tidak hilang dan bantuan telah disalurkan kepada mangsa banjir seperti yang sepatutnya, tetapi hakikatnya kita kena ubah pemikiran…,” katanya menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (Kepong-DAP) yang mendakwa berlaku penyelewengan dalam agihan bantuan banjir berkenaan.

Mengulas lanjut Shahidan berkata dalam menangani bencana itu, semua pihak wajar mengubah pemikiran terhadap aspek penjagaan hutan dan pemantauan projek penanaman di kawasan bukit bagi memastikan kawasan tadahan air tidak terjejas.

Beliau turut menyarankan kerajaan negeri melaksanakan langkah proaktif bagi menjaga kawasan hutan dan memantau projek penanaman di negeri masing-masing bagi mengelakkan krisis banjir lebih teruk daripada berlaku. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd