• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Kasih Dan Syukur Kepada Allah, Kata Zakia Aliep

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – “Saya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT,” kata Lans Koperal Zakia Aliep yang dibebaskan hari ini selepas diculik kumpulan bersenjata di Pulau Mabul, Semporna, tahun lepas.

Anggota pasukan Polis Marin itu berterima kasih kepada kerajaan atas usaha berterusan membebaskannya selepas diculik kumpulan bersenjata itu pada 12 Julai tahun lepas ketika sedang melakukan rondaan di sebuah resort di pulau berkenaan.

“Terima kasih terutamanya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman) serta Polis Diraja Malaysia khususnya pengarah cawangan Khas dan timbalannya,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar oleh Musa untuk mengumumkan pembebasannya di sini hari ini.

Zakia, 26, tiba di Sandakan kira-kira pukul 7 pagi ini dan selepas berjumpa dengan Musa, dia diiringi pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah menaiki pesawat ke Kota Kinabalu.

Pada 12 Julai tahun lepas, Zakia dilarikan sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat yang melakukan serang hendap terhadap Pasukan Polis Marin di Pulau Mabul, Semporna.

Kejadian 11.10 malam itu turut mengorbankan rakan sepasukannya Koperal Ab Rajah Jamuan, 32. – BERNAMA

Tags: kes culikpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd