• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terbukti PKR Selama Ini Cuma Perkudakan PAS!

oleh Ahmad Albab
20/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menentang pembentangan undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam membuktikan parti itu hanya bekerjasama dengan PAS bagi menjadikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sikap PKR yang selama ini mahu memperkudakan PAS itu juga terbukti apabila mengarahkan wakilnya di DUN Kelantan, Mohd. Roslan Puteh tidak menyertai perbahasan dan pengundian ke atas rang undang-undang hudud itu.

“PKR tidak pernah menerima hudud, sebaliknya bekerjasama dengan PAS semata-mata mahu merealiasikan agenda untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.

“Parti ini (PKR) tidak pernah memperjuangkan orang Melayu, malah mereka juga mahu institusi diraja dihapuskan. Agenda mereka hanyalah memperjuangkan individu yang bernama Anwar Ibrahim semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, Sohaimi hairan mengapa ada segelintir pemimpin PAS masih mahu meneruskan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang yang jelas menentang pelaksanaan hudud yang merupakan hukum Allah S.W.T.

“DAP bukan sahaja menolak hudud, malah melabel PAS sebagai pengkhianat. Pemimpin tertinggi PKR adalah Melayu yang beragama islam, tetapi malangnya mereka terang-terang menolak undang-undang yang dituntut dalam Islam,” katanya.

Beliau turut menegaskan dakwaan kononnya UMNO mengambil kesempatan apabila menyokong hudud yang dibentangkan PAS Kelantan tidak berasas kerana parti itu memang tidak pernah menentang perkara oleh Islam. – mynewshub.cc

Tags: PASPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd