Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

SSM Serah Kutipan Zakat...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM1 juta...

M’sia Boleh Capai Wawasan...

CYBERJAYA - Malaysia masih mampu mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju jika...

RUU 355: Siapa Antara...

PADA 5 Oktober ini Parlimen akan bersidang bagi penggal terakhir tahun ini. Sidang...

Sultan Johor Ada Kuasa...

KUALA LUMPUR – Sultan Johor mempunyai kuasa mutlak untuk melantik menteri besar seperti...

Taylor Swift Bercinta Dengan Calvin Harris?

PENYANYI Taylor Swift kini dikhabarkan sedang menjalinkan percintaan dengan penyanyi Calvin Harris selepas kedua-duanya dikesan peminat ketika sedang membeli barang-barang keperluan rumah di sebuah pasaraya di Nashville, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Yang menariknya, menerusi perkongsian gambar peminat mereka di laman Twitter itu menunjukkan Swift dan Harris sama-sama mengenakan pakaian sedondon iaitu berbaju kelabu dan berseluar serta berskirt hitam sedondon bak pasangan yang sedang hangat dilamun cinta.

taylor

taylor1


Perkara itu secara tidak langsung telah menyebabkan peminat mereka membuat spekulasi bahawa mereka kini sedang dilamun cinta di antara satu sama lain.

Sebelum ini, Swift diberi jolokan ‘playgirl’ di kalangan media barat kerana tabiatnya yang gemar bertukar-tukar teman lelaki, malah ada hubungannya yang berkekalan hanya sebulan sahaja!

Antara koleksi bekas-bekas teman lelaki penyanyi berusia 26 tahun itu adalah Joe Jonas, Harry Styles, Jake Gyllenhall, Taylor Lautner, Lucas Till, John Mayer, Conor Kennedy, Eddie Redmayne, Zac Efron dan mendiang Cory Monteith. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori