• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terjun Bidang Seni, Farhan Nafi Tumpang Glamor Abby Abadi

oleh Ahmad Albab
29/04/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN ramai yang masih ingat kepada Muhammad Noor Farhan Che Bakar, bekas suami Abby Abadi yang pernah meletuskan sensasi gara-gara perkahwinan mereka gagal bertahan tak sampai setahun.

Bukan itu sahaja, kedua-duanya mereka turut berperang di media apabila Farhan menuduh Abby mencederakannya dan di pihak Abby pula, menuduh Farhan berhutangnya puluhan ribu ringgit.

[TERDAHULU: Farhan Dedah Abby Abadi Enggan Terima Sebahagian Bayaran Hutang]

[BERKAITAN: Abby Abadi Kongsi ‘Screenshot’ Farhan Kutuknya Di Laman Sosial]

Reda beberapa bulan dari kisah sensasi membabitkan kedua-duanya, kini Farhan dilihat ‘bangkit’ mengubah masa depannya dengan cuba menceburi bidang peragaan dan lakonan.

Menerusi sebuah portal, Mangga Online, Farhan bergaya bak seorang model. Ujarnya, dia ingin mencuba nasib dalam bidang tersebut lantas menafikan dirinya menumpang populariti Abby.

Farhan4Farhan7

Memetik kenyataannya,”Hari ini saya menjalani sesi casting pertama dan alhamdulillah saya lepas untuk ke peringkat kedua pula selepas ini. Segala-galanya macam pantas sahaja.

“Ia bermula bila saya diperkenalkan oleh seorang kawan kepada pihak yang pernah menguruskan talent agency, Jamal Tommy Talent Agency. Semalam saya dapat panggilan untuk pergi casting.

“Saya masih baru lagi dan berterima kasih kepada pihak yang memberikan tunjuk ajar kepada saya. Kawan-kawan sarankan saya mencuba nasib dalam bidang seni.

“Pada mulanya saya berat hati juga sebab dah rasa peritnya bila jadi tumpuan dengan isu sensasi. Saya akui ketika pertama kali bercakap dengan media, saya takut-takut. Maklumlah saya tak pernah lalui semua itu.

“Tapi ia sebenarnya memberi kekuatan kepada saya untuk jadi seorang yang lebih berani dan tidak malu-malu lagi,” kata Farhan.

Sebelum ini, pemuda tersebut dilaporkan sanggup menjalani rutin di gymnasium bagi mendapatkan berat badan ideal sebelum menceburkan diri dalam bidang modelling.

Dikhabarkan, dia kini berjaya mengurangkan 10kg dari berat badan asal 90kg dan bercadang untuk menurunkan 10kg lagi bagi mendapatkan tubuh ideal.

Nah, apa-apapun, selamat maju jaya diucapkan kepada Farhan. Usahlah diungkit kisah lama dan membuat pelbagai spekulasi terhadap individu ini. Tak salah kan dia nak mencari rezeki?

– MYNEWSHUB.CC

Komen Abby Abadi Terhadap Farhan – Lelaki Muda Tak Matang

Tags: Abby AbadiGosip Artis Tempatankontroversipelakon
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

26/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook didakwa mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di peringkat Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar...

PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke PRN Negeri Sembilan?

PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke PRN Negeri Sembilan?

22/07/2026
0

SEREMBAN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mempersoalkan tindakan DAP dan Pakatan Harapan (PH) membawa Hew Kuan Yau atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd