• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahan Sakit Lebih Dua Jam Kaki Tersepit Lubang Tandas

oleh Ahmad Albab
31/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam selepas kaki kanannya terjerlus ke dalam lubang tandas di rumahnya di Kampung Seelong Jaya, Skudai, di sini Isnin.

Pegawai Bomba Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Baharu Mohamad Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari ketika Muhamad Saifuddin Hakimi Rosmani, sedang bersiap untuk ke sekolah agama.

Beliau berkata Bomba menerima panggilan kecemasan daripada bapa mangsa pada pukul 2.32 petang.

“Seorang pegawai dan sembilan anggota bomba termasuk tiga anggota Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS), tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian,” katanya.

Mohamad Nazaruddin berkata pihaknya memecahkan keliling lubang tandas itu dan berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit tanpa sebarang kecederaan.

Katanya operasi tamat pada pukul 3.45 petang dan kaki kanak-kanak itu turut diperiksa anggota EMRS bagi mengesahkan tiada kecederaan. – BERNAMA

https://youtu.be/JTCUmNAPQ1U

Tags: tandas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Wanita Thailand Ditemui Berlumuran Darah Dalam Tandas Di Kompleks Beli-belah

Mayat Wanita Thailand Ditemui Berlumuran Darah Dalam Tandas Di Kompleks Beli-belah

20/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Mayat seorang wanita warga Thailand ditemui berlumuran darah dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di bandar raya ini semalam....

Lauk Dalam Tandas, Nasi Bungkus Dalam Mesin Basuh

Lauk Dalam Tandas, Nasi Bungkus Dalam Mesin Basuh

27/03/2023
0

Kota Bharu : Sanggup menyembunyikan lauk dalam tandas dan nasi bungkus dalam mesin basuh. Ikuti Mynewshub: Telegram Tindakan peniaga yang disyaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd